BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

:feel free to click me:

Friday, November 29, 2013

:Set Berpantang Anugerah pilihan aku kali ini:

dulu masa mirza aku guna Set Berpantang Mak Dara
sebab masa tue baca review kat tenet seme kata bagus
yerp memang tak dinafikan Set Mak Dara nih memang bagus
dah kalau bagus kenapa takmo teruskan jer???hahaha
 entahlah takde jawapan untuk soalan itu...
saje je lah nak mencuba produk lain pulak hehehe
so kali nih dah decide nak mencuba Set Berpantang Anugerah

Set Bersalin Normal Anugerah
 

Set Bersalin Normal Anugerah adalah keperluan lengkap untuk ibu bersalin. Dengan gabungan herba-herba tradisional dan perubatan Islam, ia membantu anda:

  • - mendapatkan kembali tubuh badan anda yang ideal
  • - memulihkan kesihatan luaran dan dalaman
  • - menstabilkan sistem peranakan wanita selepas bersalin
  • - mengurangkan kesakitan ketika bersalin
  • - mendapat perlindungan dari Allah S.W.T hasil dari keberkatan ayat-ayat suci al-Quran yang telah dibacakan ke dalam produk.

Ayat-ayat suci al-Quran dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.

Di antara surah-surah yang dibacakan adalah:
  • - Surah Al-Fatihah
  • - Surah Al-Baqarah
  • - Surah Al-Buruj
  • - Surah Al-‘A’raf
  • - Surah At-Tawbah
  • - Surah Yunus
  • - Surah An-Nahl
  • - Surah Al-‘Isra’
  • - Surah Ash-Shu’ara
  • - Surah Fussilat
  • - Surah Al-‘Ankabut
  • - Asma Husna

Set Bersalin Normal Anugerah mengandungi:

       1.  1 botol Minyak Telon Anugerah 50ml  
  •  - menghangatkan tubuh bayi, melembab dan melembutkan kulit bayi.  
  •  - menghindari bayi daripada mengalami kesejukan yang boleh menyebabkan kembung perut, angin pasang dan sawan angin. 
  •  - melindungi bayi dari gigitan nyamuk dan serangga.  
  •  - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya bayi mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus. 
  •  - dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, pudina, lengkuas dan limau purut.

        2.  1 botol Minyak Pilis Anugerah 30ml  
  • - membantu ibu menghilangkan sakit kepala, kabur mata dan angin. 
  • - melegakan sakit otot, melancarkan pengaliran darah dan memberikan kesan panas. 
  • - didatangkan dalam bentuk minyak supaya mudah meresap ke dalam badan dengan aroma yang nyaman dan menenangkan. 
  • - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.  
  • - dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, cengkih, halia bara, lengkuas, minyak buah pala dan minyak avokado.

        3. 1 botol Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah 250ml  
  • - membantu mengecutkan rahim, membuang angin dan toksin serta menghilangkan bisa-bisa di dalam badan.  
  • - merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak.  
  • - meningkatkan tenaga dalaman dan melancarkan kembali kitaran haid.  
  • - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.  
  • - dihasilkan daripada temulawak, lada pintal, herba kayu serapat dan tahi angin.

        4.  Losyen Sejuta Khasiat Anugerah 150ml  
  • - membantu mengatasi masalah keputihan dan kitaran haid yang tak menentu.  
  • - membantu mendapatkan semula bentuk badan yang diidamkan dan menghilangkan garis-garis hitam (stretch mark) pada kulit.  
  • - tekstur losyen yang lembut, halus dan tidak melekit memudahkan penyerapan ke dalam kulit untuk mempercepat proses pemulihan.  
  • - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.  
  • - dihasilkan daripada minyak kayu putih, limau purut, serai wangi, daun bidara dan minyak avokado.

        5. 1 botol Minyak Sejuta Rahsia Anugerah 200ml  
  • - mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan.  
  • - membantu mengurangkan sakit sendi, bengkak, senggugut, sakit pinggang dan 'ular-ular'.  
  • - meningkatkan semula tenaga setelah bersalin.  
  • - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.  
  • - dihasilkan daripada lengkuas, minyak avokado, halai bara dan serai.

        6. 6 uncang Mandian Sauna Herba Anugerah  
  • - mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan.  
  • - membantu mengurangkan sakit sendi dan otot yang tegang semasa bersalin.  
  • - melancarkan pengaliran darah, menghilangkan masalah keputihan dan menghaluskan tekstur kulit.  
  • - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.  
  • - dihasilkan daripada temulawak, daun lempoyang, mengkudu dan tahi angin.

        7. 1 botol Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah 100ml  
  • - mengelakkan jangkitan kuman pada luka dan faraj.  
  • - digunakan untuk membersihkan faraj dari darah nifas selepas bersalin  
  • - membantu merawat masalah keputihan, menghilangkan bau dan gatal-gatal.  
  • - menolong mengetat dan merapatkan otot-otot sekitar faraj yang kembang selepas bersalin.
  • - dihasilkan daripada ekstrak sireh, ekstrak pinang, manjakani dan herba serapat.
 
untuk maklumat lanjut uolls boleh tengok di sini
nak beli di mana????kalau uolls nak beli online pun boleh
aku disebabkan makcik aku sendiri jadi stokis 
so senanglah aku order jer kat dier
 nanti lepas berpantang bolehlah aku review sikit tentang produk ni

2 comments:

NURUL JAMIAN said...

macam best je set berpantang ni mun. nurul kali ni berpantang guna set shaklee je kot sebab time pregnant kali ni pun amik supplement shaklee so ingat nak continue shaklee je. cuma kena top up lah bab minyak telon ke vco ketp tak beli lagi pun minyak telon tu semua. Nurul dah 8 bulan ni beg pergi hospital pun tak kemas lagi. hehehe

Maimun Razali said...

nurul;mun pun tak kemas ape lg nurul

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...