BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 23, 2017

:Salam Lebaran:

Assalamualaikum semua
harini masih lagi gigih bekerja walaupun hari Ahad hari raya
tahun nie turn beraya di rumah keluarga suami di Terengganu
persiapan raya semua nya dah siap cuma tunggu nak raya je


rancangnya nak balik ke sana esok pagi selepas sahur
harapnya perjalanan balik ke sana takdelah jem sangat hahaha
raya tahun nie bertambah lagi seorang ahli keluarga baru alhamdulillah
berharap semua urusan di sana nanti dipermudahkan insyaallah
paham paham jelahkan bila ader anak kecik nie kan 

haishh tak tahu lah nak taip ape lagi nie
papepun Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua
Ampun dan Maaf dipinta jika ader tersalah kata @ terguris hati 
semoga kite berjumpa lagi selepas raya ini nanti Insyaallah

Wednesday, June 21, 2017

:Mirza Darjah 1:

tahun nie Mirza masuk darjah 1
segala persiapan semuanya diuruskan oleh parents aku
sebabnya aku masih di dalam pantang
laki pulak tak boleh nak balik 
sebab dah balik lama masa aku bersalin haritu
sooooo kesian dengan Mirza 
nasiblah ader tokwan n nenek yang prihatin


ini masa minggu orientasi...
malu malu je masuk sekolah ye Mirza


nampak tuuuu Mirza di sana
disebabkan aku tak dapat pergi makanya
bapak aku snapla segala gambar bagi pada aku haha


time rehat memang bapak aku pergi 
selama sebulan bapak aku pergi tengokkan Mirza ni
pergi tengok dan ajar dier cara nak beli n pakai duit belanja
kadang bawak bekal...kadang takmo bawak bekal
ikut mood Mirza ni, makan pun ikut mood tau
mana lah tak kering je badan kamu tue huhuhu


donut n air sirap nie memang kegemaran dier
puaslah aku tarbiah dier suruh makan bekal n minum air masak
hurmmmmm tak jalan jugak...nak jugak membeli di kantin tue
nasiblah sekolah baru kan...bersihlah kantin nya
cara penyediaan dan pinggan mangkuk pun semua pun bersih 


adik meneman abang makan waktu rehat......
roti roti nie memang kegemaran Mirza...
bekalkan roti pun, masih nak jugak roti di kantin tue huhu
selain tabiat suka membeli di kantin
Mirza jugak ader tabiat suka membeli di koperasi
setiap hari ader je benda di beli nya tau huhu
kadang tue sanggup berlapar sebab nak membeli sesuatu
dan tabiat tue berlarutan sampailah sekarang 
tapi macam dah slow down skit...huhuhu

Wednesday, June 14, 2017

:anugerah ALLAH:

Nama diberi Nur Uzma Mardhiah
lahirnya di Hospital Seremban pada 22 November 2016
berat semasa lahir 3.29kg (sama berat macam Marissa)



alhamdulillah kali nie bersalin normal jugak
walaupun sedih sebab time nak beranak tue laki takde di sisi
hari sebelum sakit tue laki balik semula ke Q sebab cuti dah habis
tapi takpelah sebab Allah dah beri kemudahan pada aku
sakit tak lama dan terus beranak...beranak kali ni pun senang Alhamdulillah
elok je lepas beranak terus laki sampai sini semula



yeay Marissa dah jadi kakak
sejak jadi kakak perangainya MasyaAllah lagi memeningkan

ok done..next update pulak hahahahaha

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...