BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 17, 2017

:layla dah bertunang:

throwback semula hahaha
majlis pertunangannya berlansung pada 29 July lepas


wefiee dulu sebelum rombongan sampai
makeup sendiri je..nasibla pandai makeup
kalau aku makeup sendiri rasanya dah rupa opera cina kot


hantaran pun buat sendiri


semuanya lasttt minit...
plan asalnya tak de nak hantaran bagai pun
adik aku nak se simple boleh
tapi pihak laki bawa hantaran 
takkan la pihak pompuan nak krik krik je haha
makanya kite buat jelah walaupun deco ala kadar je


aku seperti biasa duduk tepi je tengok
bukan tengok biasa je tau..tengok sambil komen
nak buat tak boleh..banyak pulak askar askar ni haa


alhamdulillah lepas setel berbincang semuanya


layla selamat menjadi tunangan orang


maaplah makcik kat tepi tue 
tak nampak pulak huhu sape ntah ambik gambar ni
aku takde masa nie..dalam bilik tengah tidokan Mardhiah
kalau ader aku dah tolong amikkan gambar dah
lagiiii banyak gambar dari ini hahahaha


bersama hantaran kedua belah pihak
tunangnya mana?tunangnya serpraisssss
masa tunang nie kitaorang tak masak
mak aku amik katering je senang cerita.......
ok done...lepas nie cite pasal kawen pulak

Monday, October 16, 2017

:Mardhiah dah sunat:

Mardhiah dah selamat di sunatkan pada 30 August yang lepas
buat di mana? aku buat di Klinik Fauziah Bukit Changgang
sama klinik sama doctor masa Marissa dulu


sebenarnya tak rancang pun nak sunat haritu 
sebabnya haritu aku cuti pergi buat 
dan renew passport anak beranak phewww
 makanya masa senggang sementara nak tunggu passport siap
aku plan nak sunatkan Mardhiah lah sekali
kebetulan masa col tue doctornya ada dan boleh datang terus
dan kebetulan pulak masa sampai tue takde orang
alhamdulillah sangatlah cepat urusan tue

seperti biasa sekejapppp je procedure sunat tue
tak sampai 5 minit kot dah siap 
Mardhiah pun takde menangis
alhamdulillah Mardhiah dah sunat

:pancake coklat:


nyummy...nyummy
walau rupa tak cantik tapi rasa sedap hahaha
yang penting anak anak aku suka
budak budak kan mana nak tolak sebab coklat

Friday, October 13, 2017

:awak nie makan ke sepahkan??:

 macam ginilah kalau bagi makan sendiri

aku bagi finger food pada dier
rasanya 20 percent je kot yang masuk mulut
balance nyaaa terabur habis di bawah


tengok tue haaa tengah main biskut kat tangan
sampai tak perasan kite ambik gambar dier


bila kita panggil dier pulak buat muka pelik tengok kite
eh mama, saya takde buat salah pape pun


sukanya saya siap gengam biskut lagi tunjuk kat aku
bangga lah tue dapat sepahkan rumah
tengok bawah kusi tue penuh haaa biskut
nasibla bukan atas karpet tau dik oiiii
kalau atas karpet mak ko nie kutip sambil menangis nak
nak marah ko kecik lagi haaaaa gitu

Thursday, October 12, 2017

:pokok gantung dibelit ular:

dulu dulu sebelum bersalin ader beli dua pokok gantung ni
nama tak tahu tapi aku beli jugak
masa tue mengidam sangat nak bercucuk tanam
 tak padan dengan perut dah memboyot
selain dari bercucuk tanam gian nak mendeko rumah


orang kata kalau rajin anak lelaki
kalau masa peknen malas anak perempuan
orang kata jelah takde lah betul sangat pun haha
sebab aku bersalinkan Mardhiah

masa beli memang pokok nie dah begini 
aku memang suka beli pokok yang dah rimbun begini
dasar pemalas dan tak sabar nak menunggu 
nak senang je ...tahu tahu tahu pokoknya dah rimbun kan

tapi sayang...pokok yang berbunga merah nie dah mati
bukan sebab mati aku tak jaga tau
mati sebab dek kene lilit dengan ular...
ular lilit pokok tue bahagian dalam untuk salin kulit
lepas tue terus mati pokok tue huhuhu sian dier
nasiblah tak nampak ular..nampak kulit dier je kat situ 

bila tahu pasal ular lagilah seriau kan
sebab pokok nie aku gantung bawah ekon di sliding door
nasibla tak nampak ular tue pergi ke mana huhu
lepas tue terus tabur belerang keliling umah huhu

Wednesday, October 11, 2017

:Bekal Minggu Ini:

since Mardhiah ada eczema dan aku menyusukan dier 
makanya makanan seharian aku kenelah berpantang
hanya makan ikan tertentu dan ayam organik saja
dan sayur pulak lebihkan pada sayuran hijau..
kalau dapat ulam ulaman lagilah bagus

tadaaaaa moh jamu mata tengok bekal aku
(ekceli bukan minggu ini..ini bekal beberapa minggu lepas)


sup ikan merah..sayur salad dan kacang buncis 


singgang ikan..sayur salad jugak


ikan goreng...sayur campur dengan asam rebus ikan merah


ayam kurma dan salad 


singgang ikan pedas dengan ulam dan salad

cukup lima hari bekal aku...mostly kalau korang tengok kan
menu utama adalah ikan +_________________+
ada yang tanya tak bosan ke asyik makan ikan je
bosan lah jugak kan ...bosan tak bosan makan jelah 
syukur atas segala nikmat yang Allah berikan ini

(*thanks jugak pada mak sebab tolong masak)

Tuesday, October 10, 2017

:Barang Baik dari Young Living:


haritu tanpa tersengaja termain kutu 
set dew drop diffuser dari Young Living ni
beli set nie percuma 2 jenis essential oil
 iaitu Lemon dan Lavender


ini kegunaan dan kebaikan Lemon

Haritu Mardhiah selsema aku guna EO Lemon tau
malam sapu, esok pagi dah kering selsemanya

buat macam mana??
aku dilute kan EO Lemon dan VCO
macam mana nak dilute???
macam ni setitis je lemon dilute dalam sesudu vco
lepas tue sapu area dada..belakang badan dan tapak kaki
sambil sapu sambil selawat dan berdoa supaya sembuh
insyAllah dengan izin dariNYA


dan yang ini pulak Lavender

sebahagian jenis essential oils yang ada
aku pun nak tambah eo 
tapi nak tambah kene tengok dulu ader keperluan ke tak


if uolls nak beli boleh contact Hany 013-287 2304

aku suka pasang benda alah nie
sebelum pasang titiskan satu ke dua drop eo Lemon & Lavender 
lepas tue on...wahh bau semerbak satu rumah 
tak percaya boleh cuba...nak pulak ko pasang aircond 
lagi nyaman je rasa satu rumah

ini haritu aku search pasal eczema 


ader 3 jenis essential oils untuk eczema iaitu
Lavender
Melrose
Frankincense


kalau baca kat atas nie 
Frankincense memang elok untuk skin


Kebaikan Melrose.....elok juga untuk eczema


bukan eczema je tau ..banyak kebaikannya


Melaleuca Alternifolia nie pun bagus untuk Eczema
nama payah sangat nak sebut
sebut Tea Tree Oil je sudah


ini latest pasang time cuti haritu
aku campur eo lemon dan lavender


benda alah tue aku dah letak dalam rak 
biar tinggi begitu supaya anak anak tak kacau 

*abaikan bunga kering di situ hehe

Friday, October 6, 2017

:Kijalena Beach BnB Last Day:

lasttttttttttttttttt day 


pagi nie kitaorang tak amik breakfast 
sebab nak balik awal


bubye bilik..satu tue je family room


yang ni standard room


ader 3 bilik untuk standard room


yang nampak tue rumah besar Kijalena
owner yang duduk situ
walau owner yang duduk tapi kami tak penah nampak pun




kawasan kolam 


pangkin tempat ambik angin



pemandangan dari luar
bestnya lahaiii kalau dapat rumah camnie huhu


laluan ke laut
rumah nie memang betul betul mengadap laut..bestnyee


rasa tenang je duduk di sana
sejuk...sunyi....yang dengar deruan ombak ceh


lepas ambik gambar..singgah rumah mertua ...kami terus balik


budak kepenatan tido..
Mardhiah tido aku pun tido hahaha
petang jugaklah sampai sebab banyak berenti

Thursday, October 5, 2017

:Kijalena Beach BnB Day 3:


hari ketiga dan hari terakhir lah sepatutnya kan

bangun pagi je dah pesan siap siap kat
anak anak tak boleh mandi kolam pagi nie yeeee
sebab kita dah nak balik dah


breakfast pagi ni yummy sekali
nasi lemak berlaukkan ikan aya
sana susah nak jumpa nasi lemak lauk ikan bilis



seperti biasa makanan di hidang di atas meja



kuih miuh juga ader dihidang
bagi aku makanan nie dah cukup banyak untuk kitaorg



adik muka masam sebab nak tido



masa nie pipi Mardhiah dah mula naik ruam
aku ingatkan ruam panas rupanya eczema huhu

lepas makan abah bincang dengan aku takmo balik arini
katanya mesti jem teruk sebab esok dah mula sekolah
abah nak stay lagi sehari kat sini esok baru balik
so abah tanya aku sokay tak?
memandangkan esoknya memang aku cuti so aku okay je

dan aku bincang dengan owner Kijalena nie
boleh tambah satu malam lagi tak untuk bilik2 kitaorang ni
kebetulan takde sesiapa booking so boleh la
akhirnya percutian 3 hari 2 malam kitaorang
bertambah menjadi 4 hari 3 malam
bila mertua aiii dengar seronoklah dier



bersiap siap nak ke rumah mertua ni
nak amik mertua dan nak pergi jenjalan



hubby pun senyum je dapat stay lama kat kampung
seronok dapat lepak atas pondok nie..nampak laut, angin pun kuat

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...