BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

:feel free to click me:

Wednesday, November 9, 2016

:38w dan belum bersalin lagi:


maka marilah makan selagi boleh
ini kes mengidam
orang lain yang sebut sebut nak makan
orang lain yang terasa rasa kat tekak nak makan
 InsyaAllah petang nie laki sampai sini
 bercuti dari harini sampai la aku bersalin
harapnya tak lama lagi bersalin lah ye hahahaha
sebab tak larat dah nie nak membawa perut huhu

Friday, November 4, 2016

:air tangan mak:

tetiba je aku mengidam nasi minyak
mak tanya nak lauk ape ..???
aku jawab nak lauk ayam masak merah je
so arinie bagitau esok mak dah buatkan alhamdulillah


tiap kali mengandung mesti aku mengidam nasi minyak
mengidam nak makan pulak dihujung hujung kehamilan
masa Mirza je aku tak sempat nak makan sebab nya
arinie mengidam esok Mirza dah keluar hahahaha
masa Marissa sempat jugaklah makan
masa adik baby nie pun alhamdulillah sempat jugak makan
nie semalam mak aku tanya lagi ader pape nak makan lagi tak ?

Thursday, November 3, 2016

:cream horn:

holla holla holaaaaaaa
makam selagi boleh makan...
nanti dalam pantang banyak benda tak boleh makan haha


haishh ini semua kes terliur dan mengidam 
sebab itu jugaklah aku terorder semalam
sedap memang sedap pastu creamnya banyak 
tapi aku lagi suka creampuff sebab kelembutannya


aku order 15pcs RM30 sokaylah kan
macam biasa sape nak boleh order lah yea 
dan korang boleh tengok ig the slice_bakery

Tuesday, November 1, 2016

:terapi diri:

tak tahulah kenapa pregnancy kali nie aku suka shopping
aku bukan setakat shopping barang barang baby
tapi sekali dengan barang barang rumah & juga barang aku
hurmmm orang kata shopping nie salah satu terapi diri
mungkinlah ader betul nya terapi diri sebab rasa happy lepas tue

baru baru nie aku shopping di Bella Ammara (online je)
beberapa helai baju dan tudung 
(memula dah letak gambar lepas tue delete semula)
kasi serprais lah kan..nanti lepas bersalin aku up entry lain haha
itu dah menahan nafsu tau,tu yang amik beberapa helai je
kalau tak mahu lebih dari itu aku amik aritu kohkohkoh

arinie aku belanja sekeping je dulu yeee (bella bawal floral)


tak menyabar nak pakai lepas bersalin hehe
nak jugak melawa walau dah gemuk hahahaha
maka tataplah korang makyong yang chubby ini kohkohkoh

Friday, October 28, 2016

:kekabu Tok Mie:

yeayyy dah selamat sampai 
set tilam dan comforter untuk adik baby


tempahan last minit nie tau
selalunya tok mie akan siapkan tempahan 
dalam masa 2 minggu dari tarikh confirm tempahan
tapi disebabkan aku bagitau aku tengah menunggu hari je nie
maka tok mie pulun siapkan aku nye tempahan dalam masa 7 ari je
haiii laaaa thanks la banyak banyak pada tok mie 
sebab sudi ambik tempahan last minit aku nie

aku amat berpuas hati dengan hasil kerja tangan tok mie
jahitan kemas....kain cotton yang digunakan pun tebal tau
overall memang aku sangat berpuas hati lah
next plan nak tempah untuk abang dan kakak nya pulak
sape nak tempah boleh pergi page FB Meja Jahit Tok Mie

Wednesday, October 26, 2016

:menunggu masa je ni:


alhamdulillah sudah genap 9 bulan arinie
maknanya aku dalam fasa menunggu hari je nie
tunggu masa dan ketikanya

alhamdulillah barang-barang baby dah complete
barang barang mak jugak dah complete
cuma nya tak pack je lagi barang nak di bawa ke hospital
kenapa tak pack? sebabnya malas hahahaha
malas memang alasan yang tak boleh diterima langsung

pregnancy kali nie rasa sekejap sangat sangat
tahu tahu eh dah nak bersalin dah
mungkin di sebabkan kali nie 
aku mengandung dan bersalin dalam tahun yang sama
tak macam mengandung yang sebelum sebelum nie
mengandung tahun nie, tahun depan baru bersalin

papepun aku berharap segala urusan bersalin nanti dipermudahkanlah
Insyaallah harap jugak masa tue suami aku dah balik ke sini

hurmm jika ini nukilan terakhir aku sebelum bersalin
harapnya korang semua maafkanlah segala salah dan silap aku
jika aku ader tersalah dalam berbicara..ataupun
dalam mencoret pape entry di sini
ampun dan maaf di pinta
dan doakanlah semoga semuanya dipermudahkan kali ini
mohon maaf awal awal tak salah kan
aku takut tak sempat je nanti tahu2 esok dah beranak

Wednesday, October 19, 2016

:2 days 1 night @ Lexis Hibiscus Last Part:

esoknya pagi pagi lagi budak2 nie dah bangun
lepas sarapan semua pakat terjun kolam
mirza n papa jelah yang lama pun dalam kolam tue
mama n marissa tak tahan sejuk hahahaha
lagipun perut dah besar nie aku jadi cepat penat

korang nak berendam silakan
aku nak rileks atas katil sambil tengok movie


marissa dah siap tunggu masa nak checkout je


dua dua tembam +_________+




ginilah bergambar biler takde monopod
lepas nie memang kene beli jugak monopod nie 


parking lot penuh menandakan ramainya orang di sini


penuh jugak


my boy



menyembunyikan ketembaman diri sendiri


sebelum checkout marilah kita jenjalan dulu



dari semalam berzikir nak main playground


sekarang mainlah yeeeee










pool kanak kanak ...takde orang mandi pun 
sebabnya dalam bilik sudah ader kolam hahaha


area restoran...


bilik di dalam laut

dah selamat checkout so kite tunggu papa amik kete


marissa kalau  di suruh senyum....senyum senget jelah dier


ini keadaan masa checkout lengang je tapi masa checkin jem okeh
pelik pelik kaunter banyak pun boleh jem time nak checkin


area lobby


ok marissa tak payah nak senyum sangat
jom balik jenjalan cari makan

next vacation tunggu lepas mama bersalin pulak yea

Tuesday, October 18, 2016

:2 days 1 night @ Lexis Hibiscus Part II:

budak budak nie dah nampak kolam
memang tak nak tunggu dah
terutama sekali mirza lah


marissa pulak kali nie jadi penakut
dulu masa di Grand Lexis berani je tak payah mama teman


menjerit je haaaa nak mama nak mama


abang cuba pujuk pun dier takmo jugak 


muka KETAT nak mama je hahahahaa


kedalaman kolam nie
mirza masuk berdiri takat leher je
nak lebih selamat pakailah pelampung yeeee



ok dah maghrib naik dulu ye anak2


pemandangan waktu malam 


boleh dengar deruan ombak walaupun bilik aku atas langit 


cantik sangat


muka merajuk hahahaha


layan movie dulu lepas dinner baru lah mandi semula
mirza dengan papa je yang turun mandi kolam


aku dengan marissa lepak dalam bilik je tengok tv
marissa tak mau mandi dah takut katanya
selamat lah mama boleh lepak lepak dalam bilik

:2 days 1 night @ Lexis Hibiscus PD Part I:

tahun nie tak sempat nak plan pergi bercuti
yelah awal tahun sibuk dengan kenduri kawen adik
lepas tue aku sibuk dengan mabuk mabuk pulak
lepas tue sibuk berpuasa dan berhari raya......

bila dah kurang sibuknya aku pulak tak larat nak jenjalan jauh jauh
maka nya untuk memenuhi permintaan anak anak
marilah kite bercuti ke tempat yang paling dekat
iaitu di Lexis Hibiscus Port Dickson


pemandangan dari bilik aku
disebabkan nak privacy aku amik bilik Sky Pool Villa


seperti biasa katil king size yang besar dan selesa











private pool di luar bilik
kali ni kolamnya kecik sedikit berbanding dengan
kolam di Grand Lexis


bilik sauna...sape suka sauna sauna nie okla
aku tak suka panassss


ruangan balkoni
malam malam lepak sini jelah 
sambil sambil tengok anak anak mandi kolam

to be cont......

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...