BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 29, 2013

:Set Berpantang Anugerah pilihan aku kali ini:

dulu masa mirza aku guna Set Berpantang Mak Dara
sebab masa tue baca review kat tenet seme kata bagus
yerp memang tak dinafikan Set Mak Dara nih memang bagus
dah kalau bagus kenapa takmo teruskan jer???hahaha
 entahlah takde jawapan untuk soalan itu...
saje je lah nak mencuba produk lain pulak hehehe
so kali nih dah decide nak mencuba Set Berpantang Anugerah

Set Bersalin Normal Anugerah
 

Set Bersalin Normal Anugerah adalah keperluan lengkap untuk ibu bersalin. Dengan gabungan herba-herba tradisional dan perubatan Islam, ia membantu anda:

  • - mendapatkan kembali tubuh badan anda yang ideal
  • - memulihkan kesihatan luaran dan dalaman
  • - menstabilkan sistem peranakan wanita selepas bersalin
  • - mengurangkan kesakitan ketika bersalin
  • - mendapat perlindungan dari Allah S.W.T hasil dari keberkatan ayat-ayat suci al-Quran yang telah dibacakan ke dalam produk.

Ayat-ayat suci al-Quran dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.

Di antara surah-surah yang dibacakan adalah:
  • - Surah Al-Fatihah
  • - Surah Al-Baqarah
  • - Surah Al-Buruj
  • - Surah Al-‘A’raf
  • - Surah At-Tawbah
  • - Surah Yunus
  • - Surah An-Nahl
  • - Surah Al-‘Isra’
  • - Surah Ash-Shu’ara
  • - Surah Fussilat
  • - Surah Al-‘Ankabut
  • - Asma Husna

Set Bersalin Normal Anugerah mengandungi:

       1.  1 botol Minyak Telon Anugerah 50ml  
  •  - menghangatkan tubuh bayi, melembab dan melembutkan kulit bayi.  
  •  - menghindari bayi daripada mengalami kesejukan yang boleh menyebabkan kembung perut, angin pasang dan sawan angin. 
  •  - melindungi bayi dari gigitan nyamuk dan serangga.  
  •  - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya bayi mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus. 
  •  - dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, pudina, lengkuas dan limau purut.

        2.  1 botol Minyak Pilis Anugerah 30ml  
  • - membantu ibu menghilangkan sakit kepala, kabur mata dan angin. 
  • - melegakan sakit otot, melancarkan pengaliran darah dan memberikan kesan panas. 
  • - didatangkan dalam bentuk minyak supaya mudah meresap ke dalam badan dengan aroma yang nyaman dan menenangkan. 
  • - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.  
  • - dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, cengkih, halia bara, lengkuas, minyak buah pala dan minyak avokado.

        3. 1 botol Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah 250ml  
  • - membantu mengecutkan rahim, membuang angin dan toksin serta menghilangkan bisa-bisa di dalam badan.  
  • - merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak.  
  • - meningkatkan tenaga dalaman dan melancarkan kembali kitaran haid.  
  • - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.  
  • - dihasilkan daripada temulawak, lada pintal, herba kayu serapat dan tahi angin.

        4.  Losyen Sejuta Khasiat Anugerah 150ml  
  • - membantu mengatasi masalah keputihan dan kitaran haid yang tak menentu.  
  • - membantu mendapatkan semula bentuk badan yang diidamkan dan menghilangkan garis-garis hitam (stretch mark) pada kulit.  
  • - tekstur losyen yang lembut, halus dan tidak melekit memudahkan penyerapan ke dalam kulit untuk mempercepat proses pemulihan.  
  • - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.  
  • - dihasilkan daripada minyak kayu putih, limau purut, serai wangi, daun bidara dan minyak avokado.

        5. 1 botol Minyak Sejuta Rahsia Anugerah 200ml  
  • - mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan.  
  • - membantu mengurangkan sakit sendi, bengkak, senggugut, sakit pinggang dan 'ular-ular'.  
  • - meningkatkan semula tenaga setelah bersalin.  
  • - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.  
  • - dihasilkan daripada lengkuas, minyak avokado, halai bara dan serai.

        6. 6 uncang Mandian Sauna Herba Anugerah  
  • - mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan.  
  • - membantu mengurangkan sakit sendi dan otot yang tegang semasa bersalin.  
  • - melancarkan pengaliran darah, menghilangkan masalah keputihan dan menghaluskan tekstur kulit.  
  • - dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.  
  • - dihasilkan daripada temulawak, daun lempoyang, mengkudu dan tahi angin.

        7. 1 botol Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah 100ml  
  • - mengelakkan jangkitan kuman pada luka dan faraj.  
  • - digunakan untuk membersihkan faraj dari darah nifas selepas bersalin  
  • - membantu merawat masalah keputihan, menghilangkan bau dan gatal-gatal.  
  • - menolong mengetat dan merapatkan otot-otot sekitar faraj yang kembang selepas bersalin.
  • - dihasilkan daripada ekstrak sireh, ekstrak pinang, manjakani dan herba serapat.
 
untuk maklumat lanjut uolls boleh tengok di sini
nak beli di mana????kalau uolls nak beli online pun boleh
aku disebabkan makcik aku sendiri jadi stokis 
so senanglah aku order jer kat dier
 nanti lepas berpantang bolehlah aku review sikit tentang produk ni

Thursday, November 28, 2013

:aku...8 bulan dan mirza:

jangan tanya kenapa aku kurang malas update hahaha
mungkin sebab faktor pembawakan budak MUNGKIN
sebab start jek dari aku tau aku peknen 
aku dah memang malas nak update
yang rajin blogwalking saje saje

haish hati nih meronta ronta mahu update blog
jari jemari pun dah tersedia nak menekan keyboard
tapi apakan daya,,otak aku tak berdaya nak mengeluarkan idea
idea idea bernas seme nya tak mampu dikeluarkan
yang mampu otak aku keluarkan hanya lah idea MERAPU
idea merapu kan sape pun boleh hahahaha

ekceli aku sekarang dalam fasa terakhir iaitu 8 bulan
8 bulan masa yang sekejap bagi aku...
nanti pejam celik pejam celik tahu tahu dah 
keluar tanda nak bersalin hehehehe

hurm tak sabar rasanya nak menatap adik baby
adik baby yang di kandung selama 9 bulan nih
macam mana kah rupanya??
apekah gender nya..lelaki atau perempuan???
bagaimanakah peel nya nanti???
dan bolehkah aku menjaga dua orang anak bersendirian
 banyak sangat pertanyaan yang tak terjawab
papepun aku berserah pada ALLAH swt.
kita hanya mampu merancang...berusaha dan berdoa
selebihnya itu kerja ALLAH swt betul tak??

mirza pulak seakan seperti tahu yang adik baby 
bakal keluar tak lama lagi...
sebab ape tau aku cakap macam itu???
sebab peel manja mirza semakin menjadi jadi
marah sikit sentap......
marah sikit merajuk............
tegur sikit...tahu tahu dah melelah air mata
 maafkan mama mirza...mama marah sebab mama sayangkan mirza
mama harap mirza paham dengan keadaan mama
mama nak beri yang terbaik untuk mirza INSYAALLAH

oklah beb aku rasa baik aku chow dulu
kalau lama lama aku menaip nanti ape akan jadi pulak
dah jauh sangat aku merapu nih hahaha
itulah kan aku dah kata tadi
idea merapu jek yang mampu aku keluarkan
tapi dah korang asyik suruh aku update
nah ambik satu entry merapu dari aku hewhewhew

Friday, November 22, 2013

:blogshop lagi aktif tau:

blogshop lagi aktif dari personal blog hehehe
kalau bukak nuffnang dan cek kat blog stats 
boleh tengok blog stats untuk blogshop lagi tinggi 
hurm ater nak buat camner lagiiii
dah takde idea nak membebel kat personal blog
plus sekarang nih udah ler malas nak tangkap gambo
jadinya memang takde cerite pape lah
aku lak memang jenis tak suka post cerita tanpa gambo
harapnya lepas bersalin nanti bolehlah aktif semula berblogging

*mungkin sebab banyak geng blogger aku yang xaktif kot hehe

Thursday, November 21, 2013

:pertanyaan yang tak boleh nak di jawab:

aku rasa bukan aku je kot yang camni
ramai lagi mak pak kat luar tue 
yang mengalami situasi seperti aku

satu hari mirza datang menghampiri aku
dier bertanya pada aku "mama mana ALLAH?"

aku yang terkejut terus menjawab
"ALLAH ader cuma kite je tak nampak ALLAH"

lantas mirza bertanya lagi "kenapa tak boleh nampak ALLAH"
dan bertanya lagi pada aku "mirza nak tengok ALLAH'
"mirza nak jumpa ALLAH nak sayang ALLAH"

lantas aku menjawab soalan mirza
"ALLAH ader kat atas tue (sambil tangan aku tunjuk ke langit)"

dan mirza terus berkata lagiiiii...
"macam tue kite kene naik aeroplane lah mama
biler dah sampai atas sana baru boleh jumpa ALLAH" 

aku terdiam membisu seribu bahasa 
sebab aku dah tak mampu nak menjawab pertanyaan mirza

Friday, November 15, 2013

:kenapa suka menjentik hati aku:

ye aku mengaku kat korang
aku memang jenis yang cepat marah
tapi itu dulu dulu dulu lah
sekarang aku dah kawal sikap amarah aku
tambah tambah anak dah nak masuk dua nih
umur pulak makin meningkat 
maka aku slow slow kawal sikap amarah aku
kalau aku rasa panas dan nak mrah
aku cepat cepat ingat ALLAH dan istighfar
berzikir dalam hati banyak banyak
sampailah aku cool down

aku sedar memang tak elok sikap aku nih
sebab tue aku cuba untuk berubah menjadi lebih baik
insyaALLAH akan aku usahakan walaupun susah
even hati aku tergores ke...tercalar ke..terasa hati ke
akan aku pendamkan amarah aku nih

tapi satu je yang aku perasan 
bilamana aku menjadi cool down
orang akan menjentik hati aku jugak untuk 
membuatkan aku marah..kenapa eh???
korang suka eh tengok aku marah????
suka tengok aku melenting lenting??kenapa eh??

aku pun tak paham dengan manusia begini
kenapa harus menaikkan amarah seseorang itu
kalau orang tue tak kacau engkau..kenapa?
mungkin kau seronok kot tengok aku melenting

takpelah nikmati lah keseronokan kau tue
sementara kau boleh menikmatinya lagi
lepas tue kau ingat lah hari ni hari engkau
esok lusa hari aku sape tahu kan
hanya ALLAH swt yang tahu..aku pasti
dan aku yakin besar ganjarannya bagi orang yang bersabar
so aku akan bersabar dan bersabar sajeeeeeee

Thursday, November 14, 2013

:hipokrit:

korang pandai tak hipokrit??..AKU???
terus terang aku cakap aku memang tak pandai
tak pandai nak hiiiiiipoooooookrittttttttt

tak pandai nak senyum kalau hati dah terluka
tak pandai nak gelak gelak kalau 
dalam hati dah rasa terbakar sangat dah
 tak pandai nak cover muka nih
kalau hati dah tak suka +_______+
serius aku memang tak pandai nak hipokrit

tambahan pulak muka aku yang jenis serius nih
muka aku nih kalau aku tak senyumkan
memang confim lah orang kata aku nih
serius..sombong dan berlagak
aku dah masak sangat dah kalau 
orang cakap macam tue kat aku hahahaha
sebab dah memang muka aku jenis muka macam tue
bukan jenis muka yang lemah lembut 
kalau tak senyum pun boleh budget comel lagi

 sebab tue kalau uolls tengok dan kaji
seme gambar aku dalam blog nih 
gambar muka aku tengah senyum kan
cer kalau aku letak muka tak senyum.....
mesti korang pelik apesal muka aku ketat je nih 

so sape yang kenal aku mesti tau aku cmner
dan pada yang tak berapa kenal aku dan
kenal pun gitu gitu jee confirm cakap aku sombong kan

Aaaaaarghhhh lantaklah dengan mulut orang
kalau aku hidup dengan dengar mulut orang binasalah aku
kalau aku hidup dengan nak jaga hati semua orang
habis tue HATI aku sape yang nak jaga...
confirm confirm lah aku jugak kan
maka abaikan jelah mulut mulut orang nih

Wednesday, November 13, 2013

:mencari bomoh:

assalamualaikum uolls
eh uolls tahu tak mana nak cari bomoh
aku tak tahu......dan aku memang taknak tahu

pagi pagi blog aku dah bikin panas hehehe
klik untuk lebih jelas
 
dan yang penting jangan cari bomoh kat blog aku
sebab ape tau??sebab memang korang takkan jumpa
buat ape lah nak main bomoh bomoh nih
tak puas hati cakap depan depan..be gentleman skit
nih tak..biler tak puas hati jeee pegi jumpa bomoh
agaknya orang tue lupa kot ALLAH s.w.t. tue ader

kalau kat dunia ko buat orang ko boleh lepas
jangan lupa beb kat akhirat tue nanti
senang senang ke nak lepas macam tue jeeeee
so papepun berbalik lah pada ALLAH swt
banyakkan berdoa mohon pertunjuk dari ALLAH swt

kite seme manusia..manusia tak lepas dari buat silap
aku pun sama..aku tak perfect, ader jugak buat silap
so memaafkan itu lebih baik dari membenci kan
papepun PEACE NO WAR hehehehe

Tuesday, November 12, 2013

:jom deko rumah:

assalamualaikum uolllsssss 
dah lama aku tak post pasal deko deko


tadi duk google pasal rumah orang korea
kenapa orang korea????


sebab aku suka tengok cerita korea dan
sambil tue aku tengok cara diorang deko rumah
 sangat kemas..cantik dan tak serabut
 tak serabut tue yang penting bagi aku hehehe

 
tengok gambar kat atas nih
nampak tenang dan lapang je kan


bahagian dapur
 

 wall shelves yang simple dan tak serabut

 
even menggunakan konsep english
tapi rumahnya still tak nampak serabut kan


 berkenan betul aku dengan rocking chair tue
kaler putih cantik sangat sangat


 bilik anak....simple dan nampak menarik
even tak menggunakan kaler blue untuk boy
or pink untuk gegirl.....(dah biasa sangatlah )
 

bilik tetamu yang romantik

aku takat boleh tengok dan berangan jelah dulu hehe
nak apply kt rumah sekarang memang taklah 
sebab bukan rumah sendiri hehe
pastu budget lagi kan...so buat takat yang termampu jelah
asal nampak kemas tak bersepah sepah sudah

Monday, November 4, 2013

:nasib menjadi:

haritue mood rajin nak memasak datang
so aku try ler buat ayam masak berlada
kenapa ayam masak berlada??haaaaa
nih seme gara gara duk baca blog kak filla
dier selalu cite mak dier pandai masak ayam berlada
so aku yang tengok nih terus kecur kecur air liur 

itue yang tak boleh jadi...kene jugak try masak nih
 sambil masak sambil tengok resepi boley gitu haha
yelahkan aku mana ler pandai masak hehehe
so memang kenelah masak sambil tengok resepi
lahipun first time okeh aku try masak menu ni
 lepas bertungkus lumus di dapur maka
 inilah hasilnya ayam masak berlada aku


tak tau ler jadi ke tidak .........hehehe
tapi biler aku makan aku rasa ok je...jadi lah kot haha
incik b pun suka...siap request nanti masak lagi

dier siap cakap lagi dier prefer yang nih lagi
berbanding dengan ayam masak merah
biler dier cakap macamtue makanya menjadilah
ayam masak berlada aku hahahaha
side dish yang lain aku masak sayur campur


nie haaaa sayur campur aku...
aku masak sekali dengan daging hancur
pastu buat ala ala de kuah sikit untuk mirza
 ayam pulak aku bagi jer mirza makan 
ayam masak berlada aku tue....
sebab aku buat takde pedas sangat 
so bolehlah mirza makan kan
lagipun kene jugak ajar anak makan pedas pedas ni
nanti pergi rumah orang or pergi mana
mana senang sikit..takdelah memilih sangat....

Friday, November 1, 2013

:abang to be:

uwais mirza bakal jadi abang
syukur sangat sebab mirza dah boleh
buat banyak benda dengan sendiri
makan memang suap sendiri
minum susu pulak pakai cawan
itue pun 2-3 kali sajer sehari
mandi sendiri.....tapi kene tengok2 jugak
yelahkan budak budak memang kite kene awasi selalu
kencing n poo poo pun dah pandai basuh sendiri
cumanya kite kene tengok tengok jugak lah 
bersih ke tidak..betul tak cara cuci tue???


 pampers pun dah tak pakai dah
pakai baju sendiri...overall sendiri lah semenya
so nanti adik baby keluar takdelah kelam kabut 
sangat aku nak menjaga dua orang anak serentak
sebab mirza dah besar...dah pandai buat sendiri semenya
hopefully masa tue nanti mirza banyaklah 
menolong aku hehehehe

hurmmm dah besar dah anak bujang aku nih
rasa masa cepat sangat berlalu tau huhuhu
papepon aku bersyukur sangat ALLAH kurniakan 
aku anak seperti Muhammad Uwais Mirza
akan aku jaga amanah ALLAH ini sebaik yang mungkin
INSYAALLAH

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...