BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 29, 2017

:bye bye papa, nanti jumpa lagi:

sejak bersalinkan Mardhiah tahun lepas 
langsung aku tak ke airport hantar laki balik ke sana
yelahkan Mardhiah masa tue kecik lagi 
antibodi pun tak kuat nak bawak ke hulu ke hilir
tambah kat airport confirm foreigner ramai


tapi semalam aku bawa semua anak2 aku ke airport
since Mardhiah pun dah 10 bulan (kejap je kan) sokay la
kali nie laki balik sekejap je 4 hari huhu
sepatutnya ikut schedule laki balik awal bulan 10
tapi sebab ader hal nak kene setel kat sini
tue yang kene balik jugak..
nasibla husband keje kat sana 4 hari keje 4 hari off
so yang empat hari off tue bolehla balik ke sini
takpelah walau sekejap pun


dulu masa laki aku ke sana dua jeeee anak aku 
sekarang sudah jadi tiga hahaha
sekejap je masa berlalu tahu tahu kan
dah nak masuk 3 tahun laki aku keje sana
alhamdulillah sangat syukur dengan rezeki Allah ni 



lepas hantar papa ....on the way nak ke lift
mirza nampak kereta nie Mercedes E 250
haishhh layankan jelah mirza nak bergambar


yang nie lamborghini (betui ke tak aku eja nie)
lama gila dier telek kete tue..tanya itu ini
tanya pun kat mama macam lah mama reti pasal kete ni
ok dah jomlah balik....mama lapoooooo

Wednesday, September 27, 2017

:Eczema & Klinik Kulit Dr Farhat Ayaz:

okeh jom sambung cerita tentang eczema Mardhiah
siapa belum baca dari mula boleh klik di sini ye


suatu hari aku tergerak hati nak google 
mencari penyelesaian eczema ni
google punya google akhirnya aku jumpa dua tiga blog nie


lepas baca pengalaman diorang aku rasa nak cuba
tak salah pun kite mencuba kan, manalah tahu serasi 
sebelum pergi better buat appointment dulu kan


maka pada 10 June 2017 aku telah ke sana 
sorry aku takde langsung gambar kat klinik tue 

sampai turn nama Mardhiah dipanggil
aku masuk membawa Mardhiah
 masuk je Dr Farhat dah bagi salam pada aku
eh doctor perempuan rupanya....haha
dahla cantik, manis peramah pulak tu

kemudian doc terus tengok pipi Mardhiah dan
doc sahkan Mardhiah eczema tapi jenis Atopic Eczema
dan doc terus bertanya siapa ader asma atau alahan??
jeng jeng jeng aku terus jawab aku ader alahan

doc cakap selalunya kalau parents ader asma atau alahan 
kemungkinan untuk anak itu menghidap ekzema tinggi
begitulah kes nya pada aku hahahaha
anak anak aku semua ader eczema 
tapi Mardhiah lah yang paling worst

so doc senarai kan ape yang tak boleh makan
which is aku kene pantang makan 
sebabnya Mardhiah still menyusu lagikan

senarai pantang adalah sangat panjang haha
doc kata bertabahlah kalau nak anak baik
eczema nie memang tak boleh 100% totally baik
biasanya ianya akan hilang bila baby meningkat umurnya
tapi kadang kadang ianya boleh datang semula

so sekarang nie doc kata kite boleh tidokan eczema nie
nak tidokan eczema nie senang je iaitu pantang makan
jangan makan benda yang boleh trigger kan eczema ni

doctor farhat juga ader bagi aku beberapa tips 
untuk penjagaan anak-anak eczema ini
okeh dah setel jom amik ubat dan bayar


tu semua ape yang Mardhiah dapat:-
sabun, bilasan lepas mandi,ubat cuci luka,
ubat mineral untuk perbaiki kulit
krim sapu, krim kuping dan e-lotion
ubat ubat nie seme free steroid, free paraben n free sls
total damage haritu RM450 huhuhu bertabahlah



sebenarnya segala krim dan lotion yang aku dapat nie 
adalah hasil dari Farhat Laboratoires
ko takkan dapat beli diluar, sebab tue kot ubat ubatnya mahal

alhamdulillah selesai sudah appointment pertama
lepas temujanji tue aku berharap sangat 
 Mardhiah serasi dengan doctor farhat ni huhuhu

11 June 2017 


12 June 2017


13 June 2017



14 June 2017


18 June 2017


19 June 2017



20 June 2017


rayaaaaa yeay 26 June 2017


alhamdulillah syukur sangat sangat 
sebabnya Mardhiah serasi dengan Doc Farhat



ini pulak hasil dari appointment kedua
masa nie eczema takde dah cumanya aku datang untuk
membeli lotion dan sabun , aku suka sangat e-lotion tue
sebab ianya betul betul melembutkan kulit Mardhiah



sekian perkongsian aku mengenai eczema
kalau ader pape pertanyaan boleh lah emel aku yer

Thursday, September 21, 2017

:lupa tentang dia:

bukan lupa cuma busy je 
sebab tue tak banyak post tentang Marissa
sepatutnya Marissa ni anak bongsu kami
tapi Allah bagi rezeki lagi seorang anak iaitu Mardhiah
yelah kita merancang Allah jua yang menentukannya

makanya ini lah anak no dua saya


kakak Marissa
kadang penyayang dengan adik
kadang ambil kesempatan pun ye jugak


ini gambar masa dalam pantang
konon nak menjaga adik lah tue
padahal nak menghimpit mama, anak manjalah katakan


rocker adik nie kalau adik tak baring di situ
Marissa yang pergi baring kat situ
kalau tak bagi merajuk pastu cakap kakak nak jugak 
ok fineeee kakak naiklah ...kongsi dengan adik


dengan abang kadang ok
tapi kebanyakannya bergaduh jeeeee
ader je yang tak kene bila mereka berdua bersama 


tue basikal hadiah besday yang ke 3 tahun dari aku
Marissa ader tiga jenis basikal 
tapi sampai sekarang tak pandai naik basikal huhu


ini bersiap nak pergi kedai dengan mak uda
Marissa nie rapat dengan uda nya
nanti uda dah kawen tak dapatlah nak naik moto lagi


abang buat lukisan dier pun sibuk nak melukis jugak
layankan jelah anak manja nie


suka makan nasi impit kosong
pada aku tak sedap pun
tapi pada dier dah sedappp sangat 
makan pun sampai bertambah tambah


suka meliuk lentuk badan tue kalau bergambar
konon MANJA lah padahal memang manja pun


jangan tak tahu walaupun tahun depan saya 4 tahun
tapi saya masih gigih minum susu dari botol
 bukan senang nak buang botol tue
sama je masa nak putus susu ibu begitulah 


kalau bergambar suka buat muka gitu
mana entah dier belajar


teman mama pergi sports day abang Mirza


baru baru nie sibuklah nak pakai tudung
nak pakai tudung pun style shawl
mana lah mak kamu reti nak
mak reti pakai tudung bawal je hahahaha
nasib la ader bokitta, sarung ke dia terus senyum mukanya

Wednesday, September 20, 2017

:Jom ke Kota dan Muzium Lukut:

Assalamualaikum semua
aktiviti hujung minggu baru baru ni
beriadah di Kota & Muzium Lukut

aku memang plan lama dah nak pergi
cuma masa tue takde..masa yang ader pun tak cukup haha
akhirnya malas nak plan plan sangat lah
jom redah je terus ke sana


takde bayaran pun nak datang sini
semuanya free of charge
masuk muzium pun takde bayaran 


dari jauh dah nampak tangga nak menapak ke Kota Lukut tu


sebelum tue kite bergambar dulu dengan meriam
meriam nie semuanya ader nama
tapi maaflah aku tak ingat hahaha
aku ingat satu je nama meriam kat sini  iaitu Meriam Lela


Mardhiah pun suka jenjalan 
cuaca tak panas redup redup je masa aku pergi tu
mungkin sebab pagi lagi kot masa ni 


jauh beno gambar tak nampak muka janji nampak Meriam


tadaaaaaa akhirnya berjaya menapak ke atas


jomlah Mirza kita teruskan perjalanan kita
Mirza suka dan excited je dapat berjalan jalan 
tak sangka anak anak aku semuanya suka jenjalan begini

tapi ini tak sampai lagi ke Kota Lukut tue
Kota Lukut kene naik ke atas lagi huhu


ini jalan menuju ke Kota Lukut


dah tengok ape ader di Kota Lukut
jom kite turun pergi ke Muzium Lukut pulak


berehat sebantar melepaskan lelah 
Mardhiah with nenek...


sejarah Kota Lukut
dibangunkan oleh Raja Jumaat


ini Meriam Lela


sebelum masuk muzium kite bergambar dulu


takde orang pun so kite buat macam rumah sendiri
aku anak beranak dah habis round
tunggu mak aku tak sudah sudah lagi membaca


bersih betul muzium nie sampai boleh baring la anak2 aku
dahla bersih sejukkkkkk pulak tue
kesimpulannya best sangat
sebab ape sebab orang tak ramai hahaha

sedikit info tentang Muzium Lukut bolek klik di sini

Friday, September 8, 2017

:Happy 9 months Mardhiah:

hyeee korang semua +__________+

sebenarnya cerita eczema mardhiah belum pun habis lagi tau
rancangnya nak sambung episod ketiga...
hahaha macam cerita bersiri pulak ye hehehe
tapi aku lost sekejap tengah cari idea nak sambung
sambil cari idea sambil cari gambar yang berkaitan



ader yang tanya macam mana eczema Mardhiah sekarang ni
sudah ok ke belum ke masih lagi on off???
alhamdulillah syukur sudah ok
kadang tue kalau terbabas terlanggar pantang 
eczema mardhiah mula lah naik semula
naik pun takdelah seteruk dulu huhu
nanti aku sambung cerita dan share ape aku buat 
dengan eczema Mardhiah...


happy 9 months Mardhiah

masa umur 9 bulan kan kene cucuk vaksin MMR
so sebelum cucuk tue kite kene bagi anak makan telur
tujuannya nak tengok anak kite tue alergik tak dengan telur

macam Mardhiah dier kan ader eczema
fyi kalau eczema, telur memang tak boleh makan
tambahan pulak telur putih  sighhhh
masa nak bagi tue risau lah jugak nanti eczema tue flare semula
tapi kalau tak bagi kang risau pulak mana lah tahu kan 
lepas injek MMR tue lagi teruk alergicnya huhu
makanya nak taknak bagilah jugak sebiji dua
alhamdulillah syukur sangat 
hasilnya eczema takde , alergic pun takde

Wednesday, September 6, 2017

:My Home- English Style lah sangatttt:

ala ala english style lah sangat kan hahaha
asal decoration rumah aku bukan begini
asalnya deco rumah aku takde tema 
temanya asal boleh saja hahaha yang penting matching

haishhhh entah bile la tetiba TETIBA okeh
TERMINAT pulak dengan english style
tak tahulah kene tema ke tak nie hahaha
hentam sajalah walaupun semuanya perabot murah jek


itu daybed kesayangan aku, aku beli preloved jeeee...
rezeki aku dapat harga murah siap dengan tilam dan sarung lagi
tuan asal siap hantar depan rumah lagi hehe 
condition tip top macam tak pernah guna..tilam pun bersih
bila aku tanya tuan asal tue..dier jawab memang tak guna pun
beli daybed nie buat perhiasan je lastnya letgo pada aku


walau susah nak tukar alas nya tapi aku gagahi jugak
sebab ape??? sebab aku MINAT.bila minat semua boleh jadi


disebabkan banyak corak bunga dalam rumah aku nie
makanya langsir kite beli yang plain gitu sudah
tempah di mana? semestinya aku tempah di Nilai3 



semua sarung bantal nie aku beli sikit sikit
ader murah aku ambik...kalau mahal tak amik hahaha
bukan kedekut cuma kene jadi pengguna yang bijak
ader yang di beli online dan ader jugak yang di beli offline


perhiasan perhiasan nie ader yang di beli 
dan ada juga yang diberi orang 
dan ader jugak hasil kumpul suka suka
rak bentuk rumah tue ihsan dari mak aku
asal warnanya coklat memang tak cantik (di mata aku la)
tapi aku cat semula warna putih (baru nampak cantik)


yang ini keje anak dara aku Marissa...
Marissa nie suka sangat main susun susun kat sini tau
teddy bear hasil kumpul dari zaman aku bujang
dah kawin turun pulak ke anak anak....


tengok rumah orang ader "hanging pillow" 
aku pun teringin jugak hahahaha 
rak putih tiga tingkat tu aku beli di Nilai 3 je tau
seriusssssss murah sangattttt berbaloi la beli di situ 


nie haaa satu set hanging pillow aku tempah hahaha
tempah di mana? tempah kat instagram
aku punyalah suka masa dapat benda alah nie, comel sangat


meja nie sekejap alih ke sana, sekejap alih ke sini pulak
lampu tue aku suka sangat sebab ianya menepati tema aku
first time aku tengok terus aku booking
nasib ader satu je berkenan kalau ader 2-3 habisla poket


maafkan frame gambar yang masih kosong haha
tukar alas lagi....patchwork pun banyak dah dalam koleksi aku
ader yang 2 in 1, 4 in 1, 6 in 1 ikut lah corak mana yang aku suka
setakat ini pembelian yang dilakukan memang membuahkan hasil
tahu kenapa??? memang aku duk pakai selalu pun ...
maknanya takdelah beli pastu simpan tak pakai pakai langsung


last but not least perhiasan di atas nie
asal nya main letak letak je tau, sekali dah jadi begini
maafkanlah tangan aku yang tak berapa nak kreatif nie hahaha

ape ape pun aku masih sukakan tema english style ini
cuma satu jelah yang ko kene bertabah...HABUK
entah kenapa rumah aku nie banyak sangat habuknya
ko kene rajinla lap habuk habuk di semua perhiasan ini
aku dulu rajin sekarang ader malas sikit laaaa
tapi since anak aku tak boleh kene habuk so aku kene rajin semula

adekah ini petanda untuk aku supaya membeli "air purifier"? haha

asalnya malas nak cerita pasal deco deco rumah nie
tapi atas permintaan seorang kawan makanya wujudlah entry ini.
sebenarnya nie deco lama sebelum bersalin kan Mardhiah lagi
selepas bersalin rumahnya dah di deco cara lain pulak haha
perubahan tue nanti kite up pada entry yang lain pulak okeh byeeeee

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...