BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 25, 2018

:Ke Kuala Gandah:

seminggu selepas adik kawen kami ke rumah keluarga lelaki
sebelum sampai sana sempat lah menyinggah ke Janda Baik


anak anak geram je tengok air kat bawah tue
tapi sebab ini unplanned maka nya tengok jelah yea
lain kali kite datang boleh mandi manda

esoknya kami jenjalan area sana
sebelum ke Kuala Gandah kami ke Deerland
masuk percuma ye...diorang bagi sticker je


panas lit lit masa nie huhu



nampak tak sticker kat baju aku..haaa tue lah tiket nya


tak sangka Mirza berani pegang sesumpah tu
baru pegang sekali dah mintak pada aku nak bela sesumpah

ok done jenjalan dalam Deerland...
gambar tak banyak sebab tak sempat nak tangkap
ada ape dalam Deerland...macam macam haiwan ader tau



tengah hari kepanasan di Kuala Gandah
kami sampai lambat so terlepas nak tengok aksi gajah dari awal


dalam kepanasan masih ramai orang nak tengok Gajah


aku tengok dari jauh sudah..panasssss


orang semua pakat pergi bergambar dengan Gajah 
kite kite duduk sini jelah........


Mardhiah n Paksu n Maksu


Mirza & Marissa dengan Pak uda & Mak Uda
mama kat tempat berteduh hahahaha

anak anak ajak repeat tengok gajah lagi 
sebab diorang tak dapat tengok dari mula
nanti nantilah kite pergi tengok tunggu papa cuti panjang ye

Tuesday, April 24, 2018

:Kellie's Castle:

lepas tengok penyu di Segari
kita singgah ke sini pulak
lama mengidam nak kesini akhirnya dapat jugak


masa sampai sini ader tinggal lagi sejam tempat ni nak tutup


cepat je kami bergerak...
sampaikan laki lupa nak tukar selipar hahaha


Marissa nie kan dah besar pun nak berdokong lagi huhu
dengan papa boleh lah nak manja mengada ngada
dengan mama no wayyyyyy...sila jalan sendiri


tengok macam hmmm takde orang tapi ramai je lagi atas sana tu


serabut sangat rambut Marissa 
tak dapat nak ambik gambar penuh....


tangga spiral menuju ke bilik rahsia


ruang tamu keluarga


kawasan nie yang ramai orang nampak hantu 
tak pasti lah cerita benar ataupun macam mana
tapi masa aku di sana takdelah menyeramkan sangat pun


kecuali di kawasan ini..kawasan tapak rumah lama 
sini memang rasa seram sikit...anak anak pun macam takut takut


adik suka dapat berjalan sendiri...
banyak kali jatuh pun nak jalan sendiri jugak


semua kesayangan aku


Marissa nie kenapa nak berkuntau pulak


adik bosan tak boleh berkuntau hahaha


Mirza pun sama naik haaaaa...


mak aku dah keatas lagi....sibuk diorang nak ikut sama


terpaksalah papa naikkan diorang ke atas sana


bertiga je kat atas..aku takmo naik gayat huhuhu


pemandangan dari atas...cantik sangattttttttt


elehhh tetiba nak berlagak sado hahahaha..
sudahlah pakai selipar...buat sakit mata aku je


ok ok siren dah bunyi menandakan waktu dah tamat
jomlah kite turun cepat sebelum depa tutup pintu 

alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak kesini
aku sejenis yang sukakan sejarah
dan aku suka ajar anak anak aku datang ke tempat macam ni
bak kata Mat Dan .....Malaysia Truly Asia
tak payah nak pergi travel jauh jauh ke luar...............
dalam Malaysia pun banyak tempat menarik tau

Wednesday, April 18, 2018

:rama-rama:


rama rama terbang tinggi ..cari sape cari sape
cari pak atan mana pak atan...pak atan ada di sini

haaaa ni lah lagu kegemaran Marissa
bile dier tengok pokok bunga nie automatik nak menyanyi
pokok rama rama nama diberi
ader warna hijau ader warna purple
tak sangka bile guna pasu gantung lagi cantik dari letak bawah
semoga pokoknya kekal subur di atas sana

Monday, April 16, 2018

:The Venue Shah Alam:

pagi Sabtu suami sampai sini
sampai je kat rumah terus di ajak nya aku
 ke kenduri kawen kawannya
kenduri kat The Venue Shah Alam....aku ok je


tema kami Hijau pada hari tue..
riben takdak warna hijau...bantai jelah pakai warna pink


papa singgah sembang dengan jiran sebelah sekejap

bertolak awal....sepatutnya sampai awal lah jugakkan
tapi sesat barat nye pasal berpusing pusing kami 
sudahnya pukul 1 jugak sampai 


masa nak park tue rasa macam orang ramai dah
masuk je ke dalam hall tue tengok takdelah ramai sangat
mungkin sebab tempatnya luas dan tempat duduk banyak


kami ambik tempat duduk depan sikit dengan pengantin


masa kami sampai pengantin tengah baca doa
lepas baca doa..baru kami gerak ambik makanan
makanan not bad......sedap dan banyak pilihan


lega orang tak ramai so boleh makan santai santai


sesi bergambar dengan pengantin
beratur orang tunggu turn nak ambik gambar termasuklah aku


akhirnya dapat jugak bergambar sekali
eh Mardhiah dah pandai senyum yeeeeeee
pelamin cantik..pengantin cantik
sampaikan Mardhiah takmau turun stage 

Tuesday, April 10, 2018

:Jom Tengok Penyu @ Segari Perak:

haritu suami balik dua minggu
sempatlah kami sekeluarga ke Perak Darul Ridzuan

sebenarnya pergi kenduri tapi dah sampai ke sana
alang alang tue jenjalan jelah area sana
suami pulak tak pernah sampai ke sana
tak pernah ok...hahahaha

selepas kenduri dan sebelum balik sempat lah 
kami bawak anak anak jenjalan area situ

anak anak teringin nak tengok PENYU maka jomla kita ke Segari


terkesima ke Mardhiah pertama kali tengok Penyu


mak dan abah aku pun ader


suka anak anak dapat tengok penyu


penuh penyu nye haaa
aktif jugak berenang ke sana ke sini


Marissa nie nampak je berani tapi takut sebenarnya
dengan Penyu pun dier takut hahaha


jauh je duduk takmo tengok dekat dekat


macam macam jenis Penyu ader kat sini
macam macam spesis dan corak
tak lalu nak tangkap gambar satu satu
kalau korang pergi tengok baru korang akan tahu


saiz penyu pun dari kecik sampai sebesar-besarnya
yang dah tua pun ader tau...duduk diam jee dia
dah tua tak larat nak aktif sangat macam penyu muda


ini anak anak penyu...pun bermacam jenis spesis


hohoho dah mula panas..jomlah kita balik 
nak singgah ke tempat lain pulak ni


sesape yang dekat tu bolehla pergi tengok
aku suka mengajar anak anak tengok benda benda gini
konon nya sambil berjalan sambil belajar gitu haaaaa

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...