hye selamat pagi semua, arinie sudah jumaat tapi perasaan aku tak macam selalu sebabnya esok aku kene keje....huhuhuh :(
semalam mirza meragam.. sebab dia mengalami kembung perut aku tak pasti kenapa dia boleh jadi macam tu makan sudah..minum susu pon sudah
sudah jadi macam tu aku pun sapulah minyak berubat nona roguy kt perut dan tapak kaki mirza pastue aku letak satu sudu gripe water dalam air masak die bagi die minum ....habis 4oz mirza minum tau.... lepas 15 minit mirza dah ok dan die pon tido
aku memang selalu bagi gripe water nie pada mirza
maklumlah kan budak tengah nak tumbuh gigi pastue kadang-kadang di tambah dengan kembung perut tentu meragam dan tido pon tak lena kan.... maka gripe water adalah penyelesaian terbaik...
semalam balik keje aku buat bubur mirza campur telur dadar
suruh incik b suap sebabnya aku nak memasak di dapur...
dari dapur dengar senyap je dua beranak tu tau.
pastu aku duk berpikir.."makan ke mirza tu"
.
.
.
.
.
tiba-tiba aku dengar suara incik b cakap
"yeay dah habis..good boy mirza"
lepas dengar tue aku yang berada di dapur sambil memotong bawang tersenyum +__+
sebab apa aku senyum????korang nak tahu tak???? sebab hati aku gembira bila anak suka makanan yang aku buat , walaupun simple
muka budak yang kekenyangan
ini adelah kali ketiga aku bagi mirza makan telur so far die takde allergic pun bile makan telur nie... syukur alhamdulillah senang hati mama
sape nak cuba boleh cuba -first masak bubur kosong seperti biasa -pastu ambil sebiji telur,pecahkan dalam mangkuk then kacau -sudah kacau kacau goreng(letak skit je minyak..better minyak zaitun) -passtikan telur masak sepenuhnya..takde lembik2 atau separuh masak ke -pastu hancurkan guna sudu or garfu (depend pada korang nak hancur mana) (aku buat takdelah hancur sangat..hancur macam scrambell egg je) -sudah hancur gaulkan sekali bubur dengan telur tue