kat mana? alaaaa dalam malaysia je hehehe
Friday, October 30, 2015
Friday, October 23, 2015
:final round:
semalam pengetua mirza wasap gambar nie pada aku
alhamdulillah rezeki mirza ke final round
harapnya nanti masa final
mirza dapat buat yang lebih baik
Insyaallah
Thursday, October 22, 2015
:berebut:
hijau untuk abang, merah untuk adik
memula main sama sama
tak lama adik berebut nak konker terus keduanya
Wednesday, October 21, 2015
:Hafazan Competition 2015:
competition nie hari khamis lepas
sehari sebelum nya mirza demam
nasibla esoknya sudah sihat bolehla pergi kan
ekceli nie baru saringan okeh
total peserta semuanya 111 orang
homaiiii mirza je sorang laki hehehe
berdebor ke mirza
menunggu giliran untuk naik ke pentas
nampak juri tiga orang kat depan tue
bersama juri juri, teachers dan pengetua SR
alhamdulillah mirza dan kawan2 berjaya
diorang berjaya hafal doa-doa n surah surah yang diberi
harap adalah rezeki anak anak kecil ini ke final nanti
kalau takde rezeki pun takpelah
at least diorang dah buat yang terbaik
Friday, October 16, 2015
:aunty aini's garden cafe:
lama dah tak makan di sini
haritu pergi rupanya dah buat renovation sikit dalamnya
dah banyak gazebo (tempat makan)
pastu toilet dan surau semua ader
dan yang paling penting bersih
aku dengan marissa
mirza dengan papa dier lah
mirza kalau keluar mainan memang tak tinggal
tambah kalau mainan baru di usung ke sana ke sini
kejap je order pastu makanan dah sampai
servis memang tip toplah tak payah nak menunggu lama
even orang ramai waktu tue

aku order chicken chop
laki aku makan makanan kampung
patin masak tempoyak + kailan ikan masin
bapak aku order mee curry
mak aku order sama dengan aku
adik aku order fish n chip
untuk anak2 aku order chicken wing
pastu desert pulak kami order
banana split + ice cream with tapai
marissa nie suap ape je semua di telan
lepak lepak jap balik umah tido
Thursday, October 15, 2015
:lunch @ sama sama hotel
tak ingat dah tarikhnya biler
tapi seiingat aku before laki aku balik ritu
makanan macam-macam ader
rasa sedap dan boleh telan la (ikut tekak aku la)
tang desert memang meriah macam macam ader
dan sorry sebab aku xsmpt nak snap gambo makanan
al maklumlah kan makan dengan anak anak dua nie
memang tak terkejar rasanya
wifieeee dalam toilet hahaha
berdua je mirza xder masa nie sebab bz dgn kwn2
peel marissa yang takmo duduk diam
fuhhh lap peluh sekejap
aku makan pun cepat cepat je
memang tak sempat pun nak menikmati
mirza dah jumpa kawan lupa mama dengan adik
nie haaaa baru nak duduk elok2
ape orang makan semua dier nak makan
nasib perut jenis tahan lasak
membesar bersama semuanya
sama tinggi sama comel *eh*
Subscribe to:
Comments (Atom)






















