Wednesday, February 26, 2020

S.A.K.I.T:

berharap Allah sembuhkanlah S.A.K.I.T ini
S.A.K.I.T yang belum tentu tahu apa ubat nya
S.A.K.I.T yang amat S.A.K.I.T
sesungguhnya ALLAH menguji kita
sesungguhnya ALLAH sayangkan kita
sesungguhnya ini semua dengan izin ALLAH


Thursday, February 20, 2020

:M.A.S.A.L.A.H:

berkawan dengan masalah
yess itu yang aku dengar pagi tadi di radio

ustaz tue cakap kalau kita ada masalah
cuba kita berkawan dengan masalah itu
jangan menganggap ianya satu bebanan dan
mensyukuri setiap nikmat yang Allah beri selama ini
Insyaallah masalah itu akan dapat diselesaikan

tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian

terkadang Allah uji sebab Allah itu sayang kita
terkadang Allah beri sesuatu sebab Allah nak kita bersyukur
dan terkadang Allah tarik sesuatu dari kita sebab Allah nak beri yang lebih baik buat kita

Allah is the BEST PLANNER

Tuesday, February 18, 2020

:doa yang baik baik:

hari ini 18 hb February 2020
uittt sekejap je dah penghujung bulan dua eh
masa sekejap sangat berlalu sekarang ni
tahu tahu esok dah tua
tahu tahu esok dah nak mati
sebut pasal mati..ajal dan maut tak kenal usia
bila sampai nya masa yang Allah dah tetapkan hadirlah ia 
sejak akhir akhir ini banyak kes kematian mengejut
orang baik baik semuanya ALLAH jemput dulu
yang tinggal di muka bumi ni kenelah berbuat amal banyak banyak
persiapkan lah amalan dan bekalan kita untuk di bawa ke sana
doa yang baik baik semoga yang datang baik baik jugak untuk kita
kita buat baik ramai yang sayang kan..insyaallah 

Tuesday, February 11, 2020

:Al-Fatihah:

pagi kelmarin kita dikejutkan dengan berita pemergian Abam Bocey
Innalillahiwainnailaihirojiun 


di usia 32 tahun beliau meninggal kerana demam panas
sesungguhnya kematian itu rahsia Allah
kita tak akan tahu bila masanya
tapi masanya akan tiba jua dengan izin Allah

berbuatlah kebaikan selagi masih bernafas
berbuatlah amal selagi mata terbuka.....
buat lah banyak banyak bekalan untuk di bawa ke sana nanti
semoga Allah mengampunkan dosa dosa kita 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...