Wednesday, December 31, 2025

:hari terakhir 2025:

syukur alhamdulillah untuk sepanjang tahun 2025 ini

pada mulanya agak ragu ragu boleh ke aku niiiii???

tapi alhamdulillah  Allah banyak permudahkan segalanya

.

.

jalan ini yang aku lalui tak mudah

banyak rintangan nya tapi kita jalani jua seperti biasa

ini kan kehidupan, lumrah ada turun naik nya

kita manusia biasa jalani dengan kesyukuran pasti mudah di akhirnya

.

,

Bismillah 2026

Friday, December 26, 2025

:KVPD:

26 December 2025

Alhamdulillah syukur Mirza berjaya mendapat tempat di KVPD dalam jurusan Teknologi Elektrik

Sebenarnya ini kali kedua Mirza tukar sekolah dan harap Mirza berjaya hingga ke penghujungnya

Kali pertama Form 1 Mirza di Sek Men Sains Tunku Jaafar, tak bertahan lama disebabkan homesick

Disebabkan homesick Mirza yang teruk aku tukarkan Mirza ke sekolah harian biasa (class KSN)

Alhamdulillah Mirza kekal sehingga Form 3 (December 2025)

Dan ini kali kedua Form 4 Mirza nak menyambung pelajaran di Kolej Vokasional PD 

Harapannya Mirza berjaya sehingga dapat mengenggam Diploma di KVPD nanti 

InsyaAllah

*mak takut anak homesick lagi huhuhu

Thursday, December 25, 2025

:volleyball:

alhamdulillah tahun ni kakak dan adik berjaya wakil sekolah untuk volleyball

kakak dah join sejak darjah 3 (sekarang darjah 5) dan pernah wakil sekolah

adik pulak baru join tahun ni darjah 3 (harap dapat kekal lah)

selain dari akademik memang aku akan push anak anak untuk main 1 sukan

tak kisah la sukan apepun janji ade 1 sukan permainan di sekolah

selain dapat mengumpul sijil untuk pajsk

anak anak dapat meningkatkan keyakinan diri

anak anak jugak dapat meningkatkan cara berkomunikasi sesama kawan2 dan guru

Friday, December 19, 2025

:Hari Apresiasi Murid 2025:

13 December 2025

Syukur alhamdulillah tahun ni anak anak mak naik pentas lagi

Walaupun setiap tahun anak anak mak naik pentas tetap lah mak teruja

Adik dari darjah 1 lagi dah dapat anugerah, kakak pun sama dari darjah 3

Tahun ni kakak dapat 5 anugerah iaitu 4 anugerah subjek

(BM, Sejarah, Muzik, Seni) dan 1 anugerah HEM iaitu kehadiran terbaik

Adik pulak dapat 1 je anugerah subjek iaitu Sains

Abang pun dapat 1 anugerah HEM iaitu Anugerah Sahsiah Terpuji

Ada yang tanya ape rahsia setiap tahun anak anak naik pentas

Jawapan nya tiada rahsia

Ini semua rezeki dari Allah swt , anak anak mampu berusaha je

Thursday, December 18, 2025

:definisi gembira buat aku:

menulis membuat aku gembira

mengemas rumah juga membuat aku gembira

mendeko rumah selalu membuat aku gembira

kadang kadang aku menjahit sebab menjahit juga membuat aku gembira

kadang kadang aku baking sebab baking pun boleh membuat aku gembira

walaupun aku tak pandai sangat baking hahaha

nak happy aku tak perlu keluar rumah huhahuha

nak happy aku tak perlu me time di luar

nak happy aku tak perlu pergi girls trip

ape yang aku perlu ketenangan di rumah

rumah yang bersih

rumah yang teratur

rumah yang mendamaikan aku

rumah yang menenangkan hati aku

dan aku duduk di sofa sambil minum coffee layan netflix

itulah ketenangan buat aku

* bagi aku nak healing tak perlu jauh jauh hanyalah dirumah 

:Marissa - IV Ketua Pengawas:

18 December 2025

Harini Marissa ada interview Ketua Pengawas 2026

Ada 4 calon semuanya. 2 lelaki 2 perempuan

Panel interview adalah Guru Besar SKBE

Soalan pertama apa maksud nama Uzma Marissa??

Soalan terakhir ape azam anda jika menjadi Ketua Pengawas??

Itu je soalan nya hahahaha

Harap ade rezeki Marissa jadi Ketua Pengawas SKBE

Insyaallah kita usaha tawakal berdoa selebihnya Allah swt tentukan

Tuesday, December 16, 2025

:Bicara Prestasi 2025:

03 December 2025

Hari ini ada Bicara Prestasi 2025 SKBE

sebelum pergi aku masak dulu di rumah

sebenarnya aku malas nak pergi awal sebab nanti ramai parents nak kene menunggu pulak

so lepas setel masak aku pergi dalam 10.30 pagi sampai di sekolah 

kereta parents masih banyak di luar sekolah tapi nasib baik class anak anak aku takde parents dah lega

first pergi class Mardhiah dulu 3USM berjumpa dengan guru kelas Cikgu Shaheira

macam biasa cikgu takde komen ape sangat kecuali tentang markah kertas BM, 

yes markah kertas BM Mardhiah 84% tak begitu cemerlang di mata aku (sebab aku tahu Mardhiah boleh dapat lebih lagi) 

tapiii Mardhiah ada buat kesalahan pada karangan (tak buat kesimpulan sebab dier lupaaaa) yang 

memberi impak besar pada markah keseluruhan. results dah keluar kan ape boleh buat terima jelah

tahun ni Mardhiah cuma dapat 1 anugerah jeee iaitu subjek sains (100%) alhamdulillah 

next pergi class Marissa 5USM berjumpa dengan guru kelas Cikgu Rosnita

sama seperti Mardhiah, cikgu Marissa pun takde ape nak komen pasal Marissa hahaha

cikgu cuma cakap Marissa tapau 4 hadiah subjek (BM, Sejarah, Muzik & Seni) dan 1 hadiah kehadiran 

penuh untuk Hari Apresiasi 2025

cikgu cakap kalau ikutkan ranking Marissa no. 1 dalam kelas (alhamdulillah kakak kekalkan)

apepun tahniah buat anak anak mama

next year usaha lebih lagi yea

kita mampu usaha semuanya rezeki dari Allah swt

:temuduga KV:

01 December 2025

PKSK dah lepas, next temuduga KV pulak

Alhamdulillah mirza berjaya di panggil ke temuduga KV  (Teknologi Elektrik) di KV Port Dickson

Kenapa KV?? sebab minat Mirza cenderung ke arah teknikal

Kenapa Teknologi Elektrik?? sebab bidang kerjaya yang luas

Kenapa KV Port Dickson?? sebab dengan rumah tokwan Mirza

apepun kita usaha, tawakal

selebihnya Allah uruskan segalanya

:Pengawas Sekolah Sesi 2026:

alhamdulillah anak anak mama semua berjaya menjadi pengawas sekolah sesi 2026

semoga anak anak mama dapat menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah dengan baik

:mixer baru:

 bulan ogos lepas aku redeem Senheng point

banyak sungguh point nak expired 

pusing pusing tengok ape nak redeem 

sudahnya aku ambik mixer

kenapa mixer???

sebab aku takde mixer lagi hahahaha

oklah next time kite bagi review sikit 

Saturday, December 13, 2025

:IV Pengawas Sekolah:

minggu lepas kakak dan adik ada interview pengawas sekolah

adik balik cerita alhamdulillah semua dier boleh jawab, pastu adik bagitahu ade kawan adik menangis sebab kene soalan yang tak dijangka huhuhu.....kesian mungkin budak tu tak tahu nak jawab ape kot itu yang terus menangis

kakak pulak siap kene soalan ketua pengawas (kene berlakon depan cikgu cikgu sebagai ketua pengawas dan menegur rakan pengawas yang lain sebab tak menjalankan tugas) hahaha...ini memang kesukaan kakak la

abang pun ade interview pengawas jugak hopefully dapat la sebab kali ni calon lelaki tak ramai 

sebenarnya adik dan kakak dari tahun 2 dah jadi pengawas

abang pulak tahun ni baru nak apply jadi pengawas untuk next year Form 4

insyaAllah semoga ada rezeki anak anak nak jadi pengawas

Tuesday, November 18, 2025

:uasa:

perlahan lahan meniti hari hari mendatang

anak anak pun sudah selesai uasa

keputusan pun banyak yang sudah keluar

alhamdulillah masih mengekalkan momentum 

cumanya si adik kali ini banyak kecuaian nya

bila banyak kecuaian banyaklah hilang markahnya

ape nak buat pesan dah berbakul bakul ni

tapiiiiiiii masih lagi cuai +________________+

apepun mengharap yang terbaik buat anak anak 

semua ini hanyalah untuk masa depan mereka sendiri

Monday, October 13, 2025

:isnin yang tenang:

 kini hari isnin aku adalah hari paling tenang

tiada monday blues lagi

tiada moody

tiada serabut

.

.

.

semoga pengorbanan ini ada hasilnya di kemudian hari 

insyaAllah Aamiin

Thursday, October 9, 2025

:ganti puasa:

sudah bulan October yea

baru 3 hari ganti puasa huhuhu

harap sempat lah ganti semua

takpe sikit sikit perlahan lahan lama lama habis ganti

Monday, October 6, 2025

:sepuluh:

kejap je kan dah bulan 10

hampir 5 bulan meninggalkan company itu

perasan??? +_____________+

apabila kita yakin dengan rezeki Allah

syukur alhamdulillah sesungguhnya rezeki Allah itu luas sangat

Friday, September 12, 2025

:pickleball:

dah lama sebenarnya viral sukan ni

tapi aku baru je nak mencuba

cuba pun sebab anak anak ajak

terutama sekali si bongsu tu

dier memang minat sangat kalau bab sukan sukan ni


paddle dan bola takde kite sewa dulu

bola diorang bagi pinjam

paddle rm 5 x 4

court rm40 sejam

total rm60 sejam 


overall okay lah pickle ball ni

banyak ketawa dari serius hahaha

bolehlah lepas ni main lagi luangkan masa dengan anak anak


# baru 2x pergi...lepas ni kene beli paddle dan bola sendiri la jimat sikit

Wednesday, September 10, 2025

:penuh:

taip

delete

taip

delete

taip

delete

.

.

.

banyak benda di fikiran 

cuma satu je benda yang aku pinta

minta Allah permudahkan jalan ini 

Tuesday, September 2, 2025

:kari ikan:

seumur hidup aku tak pernah masak kari kepala ikan

sebab ape

sebab aku tak suka makan kari ikan haha

kesian kan anak anak aku sebab depa suka kari kepala ikan

.

.

.

tapiiiiiiiiiiiiii sejak akhir akhir ni aku mula berjinak jinak dengan aktiviti memasak

dannnnnnn aku dah pandai masak kari kepala ikan

ikan ape 

ikan merah hahaha

.

.

.

rasa???

anak anak aku cakap sedap

itu dah dikira lulus la kan hahaha

Monday, September 1, 2025

:beli dan tak masak:

di mydin dua hari lepas 

masa tengah aku asyik membelek sayur ape nak beli

ada 1 pasangan ni, si isteri sedang membelek nak beli sayur

lalu si suami bersuara ..... tak payah beli bukannya masak pun

aku terkejut sebab slamber giler suaminya sound isteri depan orang ramai

.

.

kenapa dier tak masak itu aku tak tahu lah kan

mungkin dier sibuk

mungkin dier penat

mungkin hanya berdua je makan

atau mungkin dier rasa beli lagi menjimatkan masa dier

yelahkan memasak ni perlukan banyak masa dan tenaga

kau kene sediakan bahan

kau kene memasak

kau kene mengemas 

memenatkan

.

tapi aku kalau peti ais penuh dengan stok makanan

automatik aku jadi semangat nak memasak 

rasa senang nak memasak sebab bahan semua ada dirumah

lagi suka masak kalau anak anak puji masakan mama sedap hahaha

Friday, August 29, 2025

:perubahan:

penghujung tahun 2025

aku masih setia dengan tudung bawal

tudung pertama dan mungkin terakhir

ada apa dengan tudung bawal ???

entah

.

.

.

mungkin sebab aku kenal tudung bawal dulu

mungkin sebab aku selesa pakai tudung bawal

mungkin sebab aku tak reti pakai tudung lain selain bawal


hidup ini memang perlukan perubahan kan

tapi kalau perubahan itu menyusahkan engkau baik tak payah


samalah macam aku pakai tudung bawal tu

aku dah selesa dan senang pakai tudung bawal

buat ape aku nak menyusahkan hidup aku nak pakai shawl yang terbelit belit tu


#nampak tak belum tentu perubahan tue bagus untuk kamu

:silent resignation:

.

.

.

korang pernah dengar tak

senyap senyap hantar surat

senyap senyap habiskan masa

senyap senyap pergi dari situ

takde pengumuman

takde drama drama

takde sedih sedih

.

.

.

kau cuma

hanya memastikan semua kerja selesai

semua file yang terlibat tersusun rapi

semua kerja yang ada di tinggalkan secara elok 

Wednesday, August 27, 2025

:more privacy more peace:

dalam hidup nie semua orang ada masalah

tipulah kalau kita hidup tenang je tanpa ada masalah

aku pun lalui benda yang sama

adakala lancar je semua urusan alhamdulillah

adakala stuck di satu titik......tanpa sambungan

tapi kan kadang kadang apabila kita mencari jalan penyelesaian

kita akan merujuk kepada keluarga atau kawan kawan 

atau sesiapa lah yang kita percaya pada nya

yup memang kita akan cari orang yang kita boleh percaya

percaya dia boleh tolong dan bagi pendapat pada kita

percaya dia boleh simpan masalah kita

percaya dia dan kita cerita sini habis sini

tapi kan aku teringat 1 hal tentang percaya ini

aku rasa dikhianati oleh orang yang aku percaya

masa tu aku ada masalah dan aku rasa stuck tak boleh nak pikir dah

aku terpikir dia adalah orang yang paling sesuai untuk aku tanya pendapat

dan aku cerita pada dier yang aku anggap kawan tu  

tapi aku tak sangka lah cerita aku di cerita kan pada orang lain

macam mana aku tahu???? ada orang bercerita pada aku (bingo)

masa tu aku rasa terkejut dan sedih sebab orang yang kita percaya buat kita begini

tapi aku takdelah serang dan tanya dier kenapa die jaja cerita aku

aku pilih untuk berdiam dan menjauhkan diri sahaja

kini aku lebih berhati hati 

Saturday, August 23, 2025

:lapan:

 bulan ogos dah nak habis

aku semakin busy +______+

hari hari adalah hari baru buat aku 

masih ada dugaan dan cabaran nya

alhamdulillah semuanya dipermudahkan 

Wednesday, July 23, 2025

:30 May 2025:

Hari terakhir aku di tempat kerja - company itu

Hari itu di mana tiada siapa pun tahu itu hari terakhir aku kecuali bos, admin dan HR

Hari itu aku jalani seperti biasa sehingga kan tiada siapa pun syak itu hari terakhir aku di situ

Hari itu yang tiada majlis perpisahan

Hari itu yang tiada ucapan terakhir dari aku

Hari itu yang tiada gambar terakhir bersama kawan kawan

Hari itu yang aku lalui dengan tenang setenang nya walaupun hati ini berat

Hari itu yang memberi kebahagiaan pada hari ini syukur alhamdulliah untuk segalanya

:hilang:

 setelah sebulan lebih

aku tinggalkan company lama

hilang segala stress 

hilang segala kesedihan

hilang segala perasaan tak best

hilang sesuatu yang aku rasa cukuplah setakat ini

.................

hanya aku yang tahu

hanya aku yang melalui nya

tak mampu diungkapkan

tak mampu diterangkan

tak mampu diceritakan 

cukuplah hanya aku yang tahu ape yang aku rasa  

Tuesday, July 8, 2025

:helloooooooo:

tahun ni  July 2025

Mirza Form 3

Marissa darjah 5

Mardhiah darjah 3

 besar dah kan anak anak aku

masing masing ade peel masing masing

mirza semakin meningkat dewasa

 cara didikan dan teguran pun kene berhemah sikit

marissa pun dah jadi anak dara sunti

makin matang dan bertanggungjawab

mardhiah masih adik adik hahahha

yea manja tapi garang 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...