03 December 2025
Hari ini ada Bicara Prestasi 2025 SKBE
sebelum pergi aku masak dulu di rumah
sebenarnya aku malas nak pergi awal sebab nanti ramai parents nak kene menunggu pulak
so lepas setel masak aku pergi dalam 10.30 pagi sampai di sekolah
kereta parents masih banyak di luar sekolah tapi nasib baik class anak anak aku takde parents dah lega
first pergi class Mardhiah dulu 3USM berjumpa dengan guru kelas Cikgu Shaheira
macam biasa cikgu takde komen ape sangat kecuali tentang markah kertas BM,
yes markah kertas BM Mardhiah 84% tak begitu cemerlang di mata aku (sebab aku tahu Mardhiah boleh dapat lebih lagi)
tapiii Mardhiah ada buat kesalahan pada karangan (tak buat kesimpulan sebab dier lupaaaa) yang
memberi impak besar pada markah keseluruhan. results dah keluar kan ape boleh buat terima jelah
tahun ni Mardhiah cuma dapat 1 anugerah jeee iaitu subjek sains (100%) alhamdulillah
next pergi class Marissa 5USM berjumpa dengan guru kelas Cikgu Rosnita
sama seperti Mardhiah, cikgu Marissa pun takde ape nak komen pasal Marissa hahaha
cikgu cuma cakap Marissa tapau 4 hadiah subjek (BM, Sejarah, Muzik & Seni) dan 1 hadiah kehadiran
penuh untuk Hari Apresiasi 2025
cikgu cakap kalau ikutkan ranking Marissa no. 1 dalam kelas (alhamdulillah kakak kekalkan)
apepun tahniah buat anak anak mama
next year usaha lebih lagi yea
kita mampu usaha semuanya rezeki dari Allah swt