Friday, January 31, 2020

:QATAR TRIP - Qatar Airways:

taraaaa dah siap semuanya nak balik Malaysia dah


nasibla anak anak senang nak bangun pagi


dan alhamdulillah masing masing takde buat peel pagi pagi ni


menunggu papa setelkan bil hotel


yeahhh dah sampai Doha Airport
besar dan cantik airportnya...tak sempat nak pusing pusing haha


papa tengah check in 
alhamdulillah merasa lah jugak naik Qatar Airways 


last picture yeah sebelum masuk gate



thanks papa belanja Starbucks...


bye bye Qatar..insyallah ada rezeki kami datang lagi
sekian journal percutian 2019 kami

:QATAR TRIP - Umbrella Park,Souq Waqif & Kunafa:

keesokkannya pagi melepak di hotel sebab budak2 nak mandi kolam
tapi tak mandi pun sejuk sangat..plus kolam dalam sangat haha

petang suami ajak ke Umbrella Park
tempat ni takde dalam list aku so aku tak tahu camner rupanya



bila sampai..waaaa cantik jugak penuh dengan pokok dengan bunga



panjang tunnel sampai ke hujung sana tau



eh adik suka dapat berlari lari



umbrella nya di dalam tunnel tu...cantikkan

lepas ambik gambar kami pergi ke Souq Waqif lagi
kali ni nak ke pameran taman bunga dan nak makan Kunafa



macam biasa petang petang begini memang sejuk



orang pun dah ramai waktu ni
suami cakap tempat ini tak pernah sunyi ..ada je orang



pameran bunga di belakang tue...



kesian kuda tu kene membawa mirza yang besar
aku dah cakap tak payah naik...dieeee nak JUGAK huh



bersih je tempatnya walaupun orang ramai lepak makan makan



jom lah jenjalan sambil cari barang dan makan Kunafa



tadaaaa inilah Kunafa nya...
omo sedap sangat makan fresh gitu
ada orang cakap manis tapi bagi aku tak manis sangat pun ..
jenis manis yang boleh di telan lagi lah 



ok done jom balik
mama nak pack barang lagi ni esok nak balik dah



kakak buat die pun nak buat jugak...macam menadah doa je rupanya
ok setel sudah mencari barang dan makan Kunafa
Insyaallah panjang umur, murah rezeki bolehla datang ke sini lagi

Wednesday, January 29, 2020

:QATAR TRIP - The Corniche & Cruising:

Hari Keempat kami pergi ke Lulu Hypermarket
Malam nya pulak kami jalan jalan ke kawasan perumahan
 incik suami duduk iaitu di Matar Qadeem



beria adik nak dress FROZEN tu
berguling menangis nak kan baju tue tau
dan peliknya dier tak pernah macam tu...tak pernah langsung
agak pelik jugaklah..sudahnya bapaknya beli kan jugaklah kesian kan anak



dah beli terus nak pakai tak sempat nak basuh
punyalah suka sangat dengan baju tu

makan malam di Matar Qadeem


gambar sendiri tak ada so pinjam jap gambar orang haha kredit to 
https://bestlifeqatar.com/2018/05/19/streats-of-doha-part-1-matar-qadeem/


ini pun dari website yang sama....
kami makan kat atas selesa ade bilik bilik



tadaaa dah sampai ..sila bukak kasut dan bersila yea haha



kakak kata macam rumah je mama duduk bawah haha



adik pulak tak nak masuk takut hahaha



haaa nampak tak pintu tu...
yang de kasut tue luar..yang de karpet tu belah dalam nya
luas lah jugak muat dalam 5 ke 6 orang tengok saiz bilik
ada yang bilik besar untuk family ramai

makan ape malam tu makan beriani kambing laaa
sedap memang sedap takde bau takde rasa kambing sangat
tapi portion nya terlalu besar nasiblah order 1 set je

lepas makan incik suami ajak jalan jalan area The Corniche
ok jom kita membakar lemak pulak hahaha



Corniche nya di belakang tue nampak separuh je tinggi sangat haha



lepas tu Mirza nampak cruise dia ajak naik cruise pulak
adoiii mama takut kot Mirza gelap kat laut tu huhu
tapi sebab anak nye pasal ..terpaksa la mama mengalah



sukalah dapat naik cruise yeee
satu cruise ni aku tak ingat berapa hahaha 
besar okeh kapal nya..naik ko lima beranak je



dari jauh nampak le Corniche nya



agak jauh jugak cruise ni pergi
lepas tue dier patah balik semula ke tempat tadi
ok dah jom balik....kita rehat rehat kat hotel pulak

:QATAR TRIP - Souq Waqif:

sambung pulak jalan jalan ke Souq Waqif
ini syurga shopping yea...
tapi kene pandai cari kedai yang murah,
bandingkan harga dan tawar menawar
tawar menawar pun kene pandai jugak kalau tak habisss



pukul 4 petang dah bukak sampailah pukul 10 malam



polis berkuda ada je merata rata sana



adik tido pulak ..jomla kite rehat dulu isi perut



anak anak tak nak makan pulak...nak minum je



aku dan laki jelah makan kebab..
nampak kecik tapi kenyang sebab banyak daging
rasa nya pun lain sebab yang ini kebab turki



dah kenyang jom jalan
pukul 4 dah nak gelap ye..suhu pun makin sejuk



lorong ni banyak restaurant jee
kedai kedai kat sini banyak lorong lorong
memang bikin sesat la hahaha
kalau dah jumpa barang berkenan tu baik tawar pastu beli
nanti pusing pusing tak jumpa pulak haha
aku nasibla incik suami dah biasa sini so takde lah sesatnya



restaurant banyak pilih je macam macam jenis makanan ada



okayy kite dah sampai area souvenir dan barangan rumah



sejuk huhuhu



kedai dalam bangunan pun ada
yang penting pandai tawar menawar



punyalah nak bagi si kecik tu berjalan papanya belikan belon
dah belikan si adik takkan tak belikan untuk kakak pulak kan
jenuh tawar nak dapat murah hahahaha..



mainan mainan budak pun banyak dijual di sini
tapi awas mahal sangat...hahaha



suka lettew dapat belon Frozen



lorong ini jual haiwan
kucing ...arnab ..burung...pastu tak taula ade apa lagi
malas nak usha tengok sebab adik duk kata busuk mama



itu stage..agaknya malam sikit ada persembanhan kot
tak tahulah tak larat nak tunggu malam sangat sejuk ok



aduii nasib mardhiah dah dapat belon



restaurant lagi



serasa macam lama dah jalan kan..
tengok jam apeeee baru pukul 7 petang



berehat dulu.....jauh kot nak jalan ke depan tu



area cerah sana tu seme souq waqif punya kawasan



belah sini pun sama jugak kawasan saouq waqif
luas tak luas jenuh jugaklah berjalan hahaha





 huhu dahla jom balik mama dah penat la
dari pagi membawa ke malam..
esok pulak kita sambung jalan jalan eh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...