Thursday, June 28, 2018

:raya pertama:

tahun ni turn raya sebelah aku..yeayyy
raya kali nie meriah nya boleh tahan la 
sebab ada adik ipar baru (suami Layla)
paling best semua dah berpasang pasangan


keluarga kecik kami
kecik lah sebab yang lain tak beranak pinak lagi haha


keluarga besaq aku..besaq la anak tiga orang hahaha
ini lah gambar paling sopan ..yang lain disaster huhu

lepas semayang raya....bersalam salaman ...lepas tue makan
lepas makan kami ke kampung subang rumah nenek dan atok
stay sana sampai lepas jumaat....
bagi lelaki pergi semayang jumaat dulu
 lepas jumaat kami ke Pantai Dalam rumah nenek nenek sedara


budak ini pergi beraya rumah orang pantang jumpa air sejuk


ini rumah last...seme dah tak larat hahaha
tunggu masa nak balik umah je tau
perut penuh..badan penat mata pun dah kecik haha
malam tak kemana semua nak berehat 
sebab esoknya mahu ke Perak pulak

Tuesday, June 26, 2018

:pelita raya:


ini cerita sebelum raya.......
haritu pergi mydin sebab nak beli pelita murah ni
alang alang murah terus 10 batang aku ambil
haritu dah cucuk separuh kat rumah mak
malam nie nak cucuk separuh lagi kat rumah aku
raya kan sebulan hahahahah

Tuesday, June 12, 2018

:done kemas rumah:

alhamdulillah setel jugak misi mengemas rumah
tahun nie takde yang tukar beli baru pun..pakai yang ada je

semalam balik keje terus kemas ape yang patut
tukar langsir..tukar sarung bantal, tukar alas alas yang ada


nasibla minggu lepas dah setel buang sawang dan habuk semua
bilik pun dah tukar bedsheet baru....tuala semua dah basuh

ader jugak mulut mulut berbunyi
"apalah yang nak dikemas kan sangat tu...raya je pun..
entahkan ader orang datang rumah ke tidak"
ohhhemmmmgeeee...sian pada yang berkata kata tue


aku kemas rumah bukan nak menunjuk pada orang
aku kemas rumah untuk kepuasan diri sendiri
suka tengok rumah kemas teratur dan terusun rapi....
puas mata yang memandang.....mata aku lah hahahaha

kalau orang yang datang tue memuji 
alhamdulillah itu dah kira bonus lah kan...hahaha
ape ape pun aku buat sebab aku suka
suka tengok rumah kemas
suka tengok rumah teratur
suka tengok rumah cantikkkkkkkkk
so kepada yang tak suka tue silalah pejam mata haha

Friday, June 8, 2018

:berbaki seminggu je lagi:

yeahhhh seminggu lagi nak raya
macam mana persiapan raya korang semua
persiapan raya kami biasa biasa saja seperti dulu jugak
ape ape pun bersederhana je ...takmo melebih lebih sangat haha
anak anak aku pun dah tak sabar nak beraya tau
setiap hari duk la tanya bila nak beraya ni mama 


tahun nie giliran beraya di rumah aku dulu
schedule planning hari raya macam biasa...
hari raya pertama beraya di rumah sanak saudara di sini
hari raya kedua kami akan ke Perak ke rumah Mak Long
hari raya ketiga kami akan ke Melaka pulak
hari raya keempat berehat di rumah
hari raya kelima aku akan balik ke kampung suami
kemungkinan akan stay di sana 3 atau 4 hari
balik dari sana akan singgah di rumah adik di Pahang
kemudian keesokan harinya iaitu 23/6 kami akan ke Melaka 
kawan baik suami kawen...dah tentulah wajib pergi

itulah plan aku ....ape ape pun kite hanya merancang
semoga Allah permudahkanlah segala urusan kami nanti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...