Thursday, December 20, 2018

:duit dalam cimb hilang:

hari isnin lepas viral kes duit dalam cimb hilang
pagi pagi masuk keje dapat mesej dari kawan kawan
semua tentang kes viral duit hilang tu...
ini bukan sekadar viral tapi betul betul ada kes nya tau

aku sebagai salah seorang pengguna cimb menjadi takut
takutlah weiii duit yang kite simpan dalam bank tu dah tak selamat
nanti hilang menangis tak berlagu di hujung katil huhu
memanglah akan dapat balik kan tapi ini semua ambil masa 

disebabkan tak nak ambil risiko makanya 
aku buat keputusan untuk keluarkan duit dari account cimb

masa pergi bank time lunch tue penuh bank dengan orang 
rata rata nya 80% mengeluarkan duit dari cimb
ada yang menggunakan kaunter
ada jugak yang menggunakan mesin atm
mesin atam ade 6 ketul.....kesemuanya penuh orang
sampai mesin tue rosak lah hahaha...
actually bukan rosak tapi duit habis sebab semua orang keluarkan duit

bila dah keluarkan duit dan transfer ke account lain baru rasa lega
tapi yelahkan ini semua ketentuan Tuhan
kalau DIA kata jadi maka jadi lah ia....
siapa lah kita nak menidakkan qada dan qadar ALLAH kan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...