lepas sebulan maternity leave
aku plan nak balik kampung suami sambil bercuti
husband pun plan jugak mahu bercuti sambil bawa parents aku
lepas survey semua tempat akhirnya kami pilih
3 days 2 nights @ Kijalena Beach Bed n Breakfast
sebab ianya dekat dengan rumah mertua haha
takdelah dekat sangat sampai boleh jalan kaki
kene naik kereta jugak nak ke rumah mertua
bertolak pagi pagi sebab nak elak jem
tapi jem jugak sebab cuti sekolah kan pasrah jelah
lega adik tido sepanjang perjalanan ke sana
bangun pun sekejap sekejap jer nak menyusu
Mardhiah nie bukan nak sangat duduk dalam carseat ni
dah tido baru boleh letak tau, kalau tak memang takmo
nie gambar nie masa benti berehat kat RnR
beginilah kalau tiga anak tak cukup tangan nak pegang
lepas makan dan berehat, kitaorang meneruskan perjalanan
dalam pukul 2 petang sampai ke Kijal
pergi ke rumah mertua dulu pastu baru check in
aku ambil family room
almaklumla anak ramai hahaha
satu katil king dan satu katil super single
dan dier ader bagi satu extra tilam
ye ye je Mirza tue macam nak sangat tido kat situ
tv...ader astro movie semua ader
ader mini fridge jugak
yang nampak pintu tue, pintu bilik air
yang putih tue pintu sliding boleh keluar amik angin di luar
yang putih tue pintu sliding boleh keluar amik angin di luar
ader meja kat luar untuk berehat
bawah nie pulak bilik parents aku
nie bilik air nya....besar dan bersih
lepas dah setel check in dan solat
aku dan anak anak berehat di dalam bilik
husband pulak ke rumah mak dier sekejap
katanya ader hal nak bawakan adik ke hospital
lepas asar husband balik semula ke bilik kami
Mirza dan Marissa dah merengek nak mandi kolam
pemandangan kawasan Kijalena Beach
abah relax sangat nampaknya
suka anak anak aku dapat mandi kolam
area sini rendah sesuai la dengan budak budak
area sana tue yang belah air pancut tue dalam huhu
so kalau nak bagi anak mandi kene tengoklah
jangan dibiarkan keseorangan huhuhu
Marissa hampir lemas tadi sebab terjatuh
aku, laki aku, parents aku semua ader tepi tue
taapi yelahkan benda nak jadi sekejap je tau huhu
malam pulak kami jenjalan ke pasar malam Pantai Penunjuk
panjang jugak pasar malam tue huhuhuhu
ader jual bermacam jenis makanan
kebanyakannya makanan Terengganu
lepas makan pergi ke rumah mertua lepak di sana
ok sambung next entry yaaa bubye















No comments:
Post a Comment