aku sudah buat..korang bile lagiiii...
sebelum aku share pengalaman aku meh
aku terangkan serba sedikit tentang pap smear checkup nie
Apakah itu ujian Pap Smear?
Ujian saringan
bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian
saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.
Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum
menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang
merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa
beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear
boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.
Siapakah yang perlukan ujian Pap ?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian ini terutamanya:
* Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
* Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
* Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
* Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
* Perokok
* Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
* Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
* Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
* Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
* Perokok
* Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum.
Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap
ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.
Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi
haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik.
Sebolehnya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.
Kekerapan Ujian
Jika seseorang wanita telah menjalani ujian Pap Smear dan didapati
negatif, ia hanya perlu mengulang ujian tersebut tiga tahun sekali.Namun
begitu,ada baiknya bagi menjalani ujian ini setahun sekali.
Apakah Yang Berlaku Sewaktu Ujian Pap Smear?
Doktor akan memasukkan sejenis alat besi/plastik kecil yang
dipanggil spekulum ke dalam faraj dan membukanya dengan cermat bagi
melihat serviks. Sejenis alat sudip (alat kayu yang tumpul) yang dipanggil
spatula digunakan untuk mengikis dengan perlahan permukaan rahim untuk
mengambil campuran sel dan cairan di bahagian pangkal rahim. Spekulum dan saptula kemudian dikeluarkan dan ujian tersebut
selesai. Campuran tersebut dilumuri atas sekeping slaid kaca dan dirawat
khas supaya boleh diperiksa dengan mikroskop.
ini adelah spekulum yang dimaksudkan tue
ini spatula yang digunakan untuk mengikis permukaan rahim
Bagaimana Kanser Dapat Dikesan Daripada Smear Ini?
Selepas diwarnakan dengan warna-warna yang khas (stainning)pada
smear ini,pemeriksaan di bawah mikroskop perlu di buat dan sel-sel
kanser akan dapat dilihat. Pemeriksaan ini dilakukan oleh juruteknik
kajisel yang terlatih dan pap smear yang luar biasa akan disemak dan
dikaji dengan teliti oleh doktor pakar kajisel.
first time aku buat sakit sikit lah plus neves sebab tak pernah buat
nak nak pulak nampak alat macam mulut itik kene masuk dalam tue
auchhh pedih sikit lah tapi sekejap je pun tak sampai 5 minit dah selesai
so korang kalau nak buat free boleh pegi klinik kesihatan terdekat yeee
*harapnya entry nie dapat memberi info pada uolls seme lah yerp



No comments:
Post a Comment