entry kali nie untuk para-para mum to be...
yang sedang menanti kelahiran baby...
panduan mengemas beg hospital...
Keperluan semasa peringkat awal pelahiran
- gaun santai - berguna jika anda teringin berjalan-jalan mundar -mandir di koridor hospital semasa permulaan pelahiran.
- kasut selipar
- stoking - percaya atau tidak, kaki anda boleh menjadi sejuk semasa pelahiran.
- gaun tidur @ kemeja-T - untuk dipakai semasa pelahiran, jika anda tidak mahu memakai gaun hospital. Ia mungkin akan menjadi agak kotor,jadi jangan beli sesuatu khas untuk dipakai di hospital.
- minyak urut atau losyen jika anda ingin di urut semasa pelahiran anda.
- balm bibir
- makanan snek dan minuman untuk anda semasa anda dalam peringkat pelahirn, atau sedikit tablet glukosa untuk membolehkan anda terus bertenaga.
- Jam tangan dengan jarum saat, untuk mengukur jangka kontraksi anda.
- Kamera digital atau kamkoder.Jika anda mahu membawa kamkoder, semak dengan pihak hospital dahulu - tidak semua hospital membenarkannya di dalam bilik bersalin.
- Bahan-bahan yang menenagkan: buku,majalah,permainan dan sebagainya.
- Gambar seseorang atau sesuatu yang anda kasihi (inspirasi yang anda mungkin perlukan untuk bertahan hingga ke akhir)
- Kelengkapan dandanan diri
- Penyembur air atau kipas tangan untuk memastikan anda sentiasa nyaman.
- Muzik untuk di dengar.
Untuk teman pelahiran anda
- Sepasang pakaian untuk ditukar
- Makanan snek dan minuman - anda tidak mahu teman pelahiran yang ternyahhidrat serta kelaparan menjaga anda.
Untuk lepas bersalin
- Pakaian balik rumah. ianya akan mengambil sedikit masa untuk perut anda mengecut jadi anda masih akan memakai pakaian mengandung apabila anda pulang ke rumah -maaf ya.
- Bra menyusu - dua atau tiga helai
- Pad bra untuk bila susu badan anda mula mengalir.
- Tuala wanita selepas bersalin -beberapa bungkus.
- Kelengkapan dandanan diri
- Tuala, sikat rambut, berus gigi dan ubat gigi.
- Tablet Arnica untuk membantu mengurangkan lebam selepas bersalin.
- Penyumbat telinga, jika anda ditempatkan di wad yang bising
- Telefon bimbit serta pengecasnya
Untuk bayi anda
- Sebuah kerusi kereta bayi
- Sepasang pakaian untuk perjalanan pulang ke rumah (pakaian lembut menganjal semua dalam satu adalah paling mudah). Pihak hospital menyediakan gaun bayi untuk bayi anda semasa di hospital.
- Selimut bayi (yang tebal jika cuaca sejuk)
- Lampin
- Sepasang stokin atau but bayi
- Topi
- Kain muslim
Sebaik sahaja anda telah mengemas beg hospital anda,ingatlah diri anda tentang tanda-tanda awal pelahiran supaya anda tahu bila tiba waktu anda hendak bersalin...
*entry yang panjang lebar buat bakal-bakal ibu...
*credit to JOHNSONS & JOHNSONS
3 comments:
seronok ct membacanya.. penuh ngan info2 yg penting n menarik.. hehehe.. nie kene kawin awal2 nie.. hihihi..
ctiey:hurm kawen cepat ct..info bnyk dah mun bg...
byknye....elok gk mun wat list ni...sok mun nk branak nt leh usha blk...
Post a Comment