BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 25, 2018

:Ke Kuala Gandah:

seminggu selepas adik kawen kami ke rumah keluarga lelaki
sebelum sampai sana sempat lah menyinggah ke Janda Baik


anak anak geram je tengok air kat bawah tue
tapi sebab ini unplanned maka nya tengok jelah yea
lain kali kite datang boleh mandi manda

esoknya kami jenjalan area sana
sebelum ke Kuala Gandah kami ke Deerland
masuk percuma ye...diorang bagi sticker je


panas lit lit masa nie huhu



nampak tak sticker kat baju aku..haaa tue lah tiket nya


tak sangka Mirza berani pegang sesumpah tu
baru pegang sekali dah mintak pada aku nak bela sesumpah

ok done jenjalan dalam Deerland...
gambar tak banyak sebab tak sempat nak tangkap
ada ape dalam Deerland...macam macam haiwan ader tau



tengah hari kepanasan di Kuala Gandah
kami sampai lambat so terlepas nak tengok aksi gajah dari awal


dalam kepanasan masih ramai orang nak tengok Gajah


aku tengok dari jauh sudah..panasssss


orang semua pakat pergi bergambar dengan Gajah 
kite kite duduk sini jelah........


Mardhiah n Paksu n Maksu


Mirza & Marissa dengan Pak uda & Mak Uda
mama kat tempat berteduh hahahaha

anak anak ajak repeat tengok gajah lagi 
sebab diorang tak dapat tengok dari mula
nanti nantilah kite pergi tengok tunggu papa cuti panjang ye

Tuesday, April 24, 2018

:Kellie's Castle:

lepas tengok penyu di Segari
kita singgah ke sini pulak
lama mengidam nak kesini akhirnya dapat jugak


masa sampai sini ader tinggal lagi sejam tempat ni nak tutup


cepat je kami bergerak...
sampaikan laki lupa nak tukar selipar hahaha


Marissa nie kan dah besar pun nak berdokong lagi huhu
dengan papa boleh lah nak manja mengada ngada
dengan mama no wayyyyyy...sila jalan sendiri


tengok macam hmmm takde orang tapi ramai je lagi atas sana tu


serabut sangat rambut Marissa 
tak dapat nak ambik gambar penuh....


tangga spiral menuju ke bilik rahsia


ruang tamu keluarga


kawasan nie yang ramai orang nampak hantu 
tak pasti lah cerita benar ataupun macam mana
tapi masa aku di sana takdelah menyeramkan sangat pun


kecuali di kawasan ini..kawasan tapak rumah lama 
sini memang rasa seram sikit...anak anak pun macam takut takut


adik suka dapat berjalan sendiri...
banyak kali jatuh pun nak jalan sendiri jugak


semua kesayangan aku


Marissa nie kenapa nak berkuntau pulak


adik bosan tak boleh berkuntau hahaha


Mirza pun sama naik haaaaa...


mak aku dah keatas lagi....sibuk diorang nak ikut sama


terpaksalah papa naikkan diorang ke atas sana


bertiga je kat atas..aku takmo naik gayat huhuhu


pemandangan dari atas...cantik sangattttttttt


elehhh tetiba nak berlagak sado hahahaha..
sudahlah pakai selipar...buat sakit mata aku je


ok ok siren dah bunyi menandakan waktu dah tamat
jomlah kite turun cepat sebelum depa tutup pintu 

alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak kesini
aku sejenis yang sukakan sejarah
dan aku suka ajar anak anak aku datang ke tempat macam ni
bak kata Mat Dan .....Malaysia Truly Asia
tak payah nak pergi travel jauh jauh ke luar...............
dalam Malaysia pun banyak tempat menarik tau

Wednesday, April 18, 2018

:rama-rama:


rama rama terbang tinggi ..cari sape cari sape
cari pak atan mana pak atan...pak atan ada di sini

haaaa ni lah lagu kegemaran Marissa
bile dier tengok pokok bunga nie automatik nak menyanyi
pokok rama rama nama diberi
ader warna hijau ader warna purple
tak sangka bile guna pasu gantung lagi cantik dari letak bawah
semoga pokoknya kekal subur di atas sana

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...