BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 5, 2017

:Jom Bercuti 3D2N @ Resort World Kijal:

alhamdulillah kita mulakan permulaan bulan ini 
dengan percutian keluarga selama tiga hari dua malam


di mana.......di Resort World Kijal
sambil balik kampung sambil bercuti lah ye


nasib tak hujan..cerah dan elok je cuaca masa kami di sana
apepun ini teaser je dulu byeeee korang 

Thursday, November 30, 2017

:Surprisesss untuk Husband:

untuk pertama kalinya aku bagi pada husband
sebenarnya ini bukan aku...bukan aku yang sebenarnya
aku bukanlah sejenis romantik orangnya...
aku bukanlah sejenis yang suka bagi hadiah or serprais
hurmmm entah kenapa tetiba rasa nak bagi



mungkin nak tengok reaksi laki macam mana kot
ataupun nak bagi laki rasa ape yang aku rasa
sebab aku selalu dah dapat serpraiss begini  haha
kadang bile selalu tue macam takde rasa ape dah (jahat tak)
apepun laki memang terkejut dan xsangka aku bagi
selama 8 tahun kawen..ini yang pertama kali katanya haha
ader orang kata aku sejenis tak sayang laki 
bukan tak sayang ye cuma tak reti nak tunjuk sayang tue camner

Tuesday, November 28, 2017

:Hari Anugerah Kecemerlangan 2017:

haritu Mirza bawa balik dua surat
satu surat dari sek keb
satu surat lagi dari kelas agama petang
keduanya mengandungi isi kandungan yang sama
iaitu dijemput hadir ke sek pada Hari Anugerah Kecemerlangan


bila tanya pada Mirza, kamu dapat hadiah ape?
 dier jawab tak tahu lah mama.hahaha
maka cutilah aku pada hari itu 
budak nie wajib ikut


Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kelas Agama Petang
majlis belum bermula lagi menunggu tetamu VIP
Pengerusi PIBG, wakil dari Tabung Haji, wakil dari Balai Polis
Guru Besar, dan lain lain lagi aku tak ingat


cikgu menyusun para pelajar yang dapat anugerah


Mirza dan kawan kawan



Pengerusi PIBG tengah bagi sepatah dua kata


Guru Besar pulak bagi ucapan


pra sekolah tengah buat persembahan
lepas persembahan nie...konvo pra sekolah dulu
selepas tue baru anugerah kelas agama petang
untuk pelajar tahun 1- tahun 5


terbaik pelajaran jawi dan kehadiran penuh


pengerusi PIBG nie friendly orangnya
sesuai sangat jadi pengerusi PIBG


tahniah pada Mirza.....
mama tak sangka la Mirza dapat naik pentas haritu


persembahan dari budak tahun 1-tahun 5


mirza tengah menunggu untuk second round pulak
anugerah untuk sek kebangsaan


terbaik Bahasa Arab


alhamdulillah...tak sangka jugak dapat haha


tahniah Mirza...tahun depan rangkul yang lain pulak


kawan sekelas Danish Hakim


done haritue...jom selpie sebelum balik


nak picture dier sorang pulak...layankan jelah
dah besar sangat dah kamu nie Mirza


adik Marissa amik aura abang ye..


ok dah jom balik ...jumpa lagi tahun depan
itu pun kalau Mirza dapat hadiah lagi hehe

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...