BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 2, 2018

:raya kedua ke Perak:

raya pertama kami semua pink belacan
harini kami semua bertema purple pulak


baju tudung seme sedondon
patut pakai kerongsong tapi semua sepakat taknak pakai

raya kedua kami beraya ke Trolak Perak
rumah mak long sebelah abah
rumah mak long nie setiap tahun memang wajib pergi


bila sampai umah mak long sekali tengok 
kami semua sama tema dengan langsir rumah mak long
dah semua tak berani nak duduk dekat langsir hahaha


paklong sihat cuma telinga dah tak berapa nak dengar sangat


semua menempel kat bapaknya
eloklah sangat bagi mak kau beraya sekejap


anak anak takde warna pepel
maka kite kelabu kan je diorang semua


setel rumah mak long kami ke rumah adik kembar aku
singgah sini bolehla kami mandi solat dan berehat dulu
sampai je mak aku dengan menantu dier membizi di dapur
aku tak tolong pun sebab dah ramai kat dapur haha


lepas maghrib baru gerak ke rumah mak sedara
dah sampai umah mak sedara ...dier takde pulak 
dier keluar ader hal tapi tak bagitau kami
maka nya kami gerak balik terus la ..
malas nak tunggu dah malam kan


malam malam pun sempat lagi menyinggah
nak singgah supper pulak diorang...mengeteh katanya
walau mata dah mengantuk,badan penat tapi layankan jugak
sampai je rumah aku setelkan anak anak dan tido
yang lain duk melangut tengok tv dan sembang lagi
aku tak lalu dah nak bukak mata sembang..esok jelah sembang

0 comments:

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...