BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 14, 2018

:percaya dengan rezeki Allah:

harini 14 February sudah setengah bulan 2
adik aku pun dah selamat kawen 2/2/2018.......
alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan 
walaupun bermacam macam rintangannya
hurm selamat dah semua adik beradik aku dah kawen


husband aku pulak dah dua bulan tak balik Malaysia
bukan sengaja tak balik tapi tak dapat nak balik
hujung bulan 1 haritu die dihantar ke US keje di sana
katanya selama 9 bulan huhuhu...harap raya dapatlah balik
kalau tak dapat balik nak buat macam mana kan 
dah masuk tahun ketiga nie redha jelah
aku ok je kat sini dengan anak anak..lagipun parents aku dekat
dioranglah yang banyak menolong aku uruskan hal anak anak

ikutkan memanglah rasa bersalah menyusahkan diorang
tapi itulah diorang yang willing nak buat itu semua
lagipun anak aku 3 orang tue jelah cucu cucu diorang
plan asal memang nak ambik maid tapi diorang cakap tak payah
tak percaya diorang dengan maid maid nie semua
diorang lebih rela menjaga cucu sendiri dari bagi maid yang jaga
alhamdulillah lah dapat parents begini.....
yang tak berkira dengan anak cucunya...haha
janji  diorang hepi dapat tengok cucu membesar depan mata

Mirza dah Tahun 2, Marissa pulak dah masuk tadika
tinggallah Mardhiah peneman duka lara nenek n atuk di rumah

aku pulak masih di tempat keje lama (setiaaa sangat nie)
bersama kawan kawan lama (yang nie pun setia hahahaha)
tahun ni nampak macam positif sikit ah keadaannya
alhamdulillah kami semua dapat bonus...rezeki terpijak
walaupun tak banyak tetap bersyukur ader jugak rezeki anak anak
rasa misi mencari kerja baru dah lama berkubur kot haha
bukan tak mahu ke tempat lain tapi dah selesa di sini
kalau ke tempat lain banyak benda lain nak pikir pulak
takpelah aku percaya rezeki Allah ada di mana mana

0 comments:

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...