BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 23, 2017

:22 November 2017 genap setahun:

alhamdulillah dah setahun Mardhiah
membesar dengan sihat dan sempurna segalanya


gigi takde lagi nie hahahaha
tapi nampaknya dah ade ura ura nak tumbuh


rambut depan sikit je rambut belakang yang lebat
kalau pergi mana wajib berheadband 
kalau tak orang tanya anak awak ni laki ke perempuan


dah boleh berjalan..jalan jalan jatuh namanya
walaupun masih lesen L tapi laju je jalannya
jatuh tak payah cakaplah dah banyak kali jatuhnya
lebam sana sini dah tue, tapi budak mana nak serik


sudah pandai gelak bila tengok cite upin ipin
kelakar tang mana pun tak tau la
agaknya kelakar kot tengok gelagat upin ipin tue


suka masuk dapur ...dah nama pun perempuan kan
kecik kecik masuk dapur sepahkan dapur mama
dah besar harapnya rajinlah masuk dapur tolong mama


tak suka nak mandi, tapi bila dah mandi takmo keluar
esok esok dah besar mandi lama sangat mama kunci pintu


cakap pun dah de dengar bunyi bunyi nya
yang paling ketara panggil mama lah 
mama nie memang wajib dier sebut setiap hari hehe

papepun syukur alhamdulillah 
semoga Mardhiah membesar dengan sihat walaifiat
membesar dengan sempurna, menjadi manusia yang berguna
menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat.

*papa balik nanti kite celebrate yea

0 comments:

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...