BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 27, 2017

:Eczema & Klinik Kulit Dr Farhat Ayaz:

okeh jom sambung cerita tentang eczema Mardhiah
siapa belum baca dari mula boleh klik di sini ye


suatu hari aku tergerak hati nak google 
mencari penyelesaian eczema ni
google punya google akhirnya aku jumpa dua tiga blog nie


lepas baca pengalaman diorang aku rasa nak cuba
tak salah pun kite mencuba kan, manalah tahu serasi 
sebelum pergi better buat appointment dulu kan


maka pada 10 June 2017 aku telah ke sana 
sorry aku takde langsung gambar kat klinik tue 

sampai turn nama Mardhiah dipanggil
aku masuk membawa Mardhiah
 masuk je Dr Farhat dah bagi salam pada aku
eh doctor perempuan rupanya....haha
dahla cantik, manis peramah pulak tu

kemudian doc terus tengok pipi Mardhiah dan
doc sahkan Mardhiah eczema tapi jenis Atopic Eczema
dan doc terus bertanya siapa ader asma atau alahan??
jeng jeng jeng aku terus jawab aku ader alahan

doc cakap selalunya kalau parents ader asma atau alahan 
kemungkinan untuk anak itu menghidap ekzema tinggi
begitulah kes nya pada aku hahahaha
anak anak aku semua ader eczema 
tapi Mardhiah lah yang paling worst

so doc senarai kan ape yang tak boleh makan
which is aku kene pantang makan 
sebabnya Mardhiah still menyusu lagikan

senarai pantang adalah sangat panjang haha
doc kata bertabahlah kalau nak anak baik
eczema nie memang tak boleh 100% totally baik
biasanya ianya akan hilang bila baby meningkat umurnya
tapi kadang kadang ianya boleh datang semula

so sekarang nie doc kata kite boleh tidokan eczema nie
nak tidokan eczema nie senang je iaitu pantang makan
jangan makan benda yang boleh trigger kan eczema ni

doctor farhat juga ader bagi aku beberapa tips 
untuk penjagaan anak-anak eczema ini
okeh dah setel jom amik ubat dan bayar


tu semua ape yang Mardhiah dapat:-
sabun, bilasan lepas mandi,ubat cuci luka,
ubat mineral untuk perbaiki kulit
krim sapu, krim kuping dan e-lotion
ubat ubat nie seme free steroid, free paraben n free sls
total damage haritu RM450 huhuhu bertabahlah



sebenarnya segala krim dan lotion yang aku dapat nie 
adalah hasil dari Farhat Laboratoires
ko takkan dapat beli diluar, sebab tue kot ubat ubatnya mahal

alhamdulillah selesai sudah appointment pertama
lepas temujanji tue aku berharap sangat 
 Mardhiah serasi dengan doctor farhat ni huhuhu

11 June 2017 


12 June 2017


13 June 2017



14 June 2017


18 June 2017


19 June 2017



20 June 2017


rayaaaaa yeay 26 June 2017


alhamdulillah syukur sangat sangat 
sebabnya Mardhiah serasi dengan Doc Farhat



ini pulak hasil dari appointment kedua
masa nie eczema takde dah cumanya aku datang untuk
membeli lotion dan sabun , aku suka sangat e-lotion tue
sebab ianya betul betul melembutkan kulit Mardhiah



sekian perkongsian aku mengenai eczema
kalau ader pape pertanyaan boleh lah emel aku yer

0 comments:

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...