BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 29, 2017

:bye bye papa, nanti jumpa lagi:

sejak bersalinkan Mardhiah tahun lepas 
langsung aku tak ke airport hantar laki balik ke sana
yelahkan Mardhiah masa tue kecik lagi 
antibodi pun tak kuat nak bawak ke hulu ke hilir
tambah kat airport confirm foreigner ramai


tapi semalam aku bawa semua anak2 aku ke airport
since Mardhiah pun dah 10 bulan (kejap je kan) sokay la
kali nie laki balik sekejap je 4 hari huhu
sepatutnya ikut schedule laki balik awal bulan 10
tapi sebab ader hal nak kene setel kat sini
tue yang kene balik jugak..
nasibla husband keje kat sana 4 hari keje 4 hari off
so yang empat hari off tue bolehla balik ke sini
takpelah walau sekejap pun


dulu masa laki aku ke sana dua jeeee anak aku 
sekarang sudah jadi tiga hahaha
sekejap je masa berlalu tahu tahu kan
dah nak masuk 3 tahun laki aku keje sana
alhamdulillah sangat syukur dengan rezeki Allah ni 



lepas hantar papa ....on the way nak ke lift
mirza nampak kereta nie Mercedes E 250
haishhh layankan jelah mirza nak bergambar


yang nie lamborghini (betui ke tak aku eja nie)
lama gila dier telek kete tue..tanya itu ini
tanya pun kat mama macam lah mama reti pasal kete ni
ok dah jomlah balik....mama lapoooooo

0 comments:

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...