BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

:feel free to click me:

Wednesday, August 10, 2016

:ww:kesukaan dia:


SARAPAN DI KEDAI MAMAK

Thursday, August 4, 2016

:peel anak anak:

assalamualaikum 
hujung minggu haritu tak kemana
melepak di rumah je sebab aku nak buat house cleaning
house cleaning time anak anak ader nie memang mencabar
tapi nasib baiklah deme berdua nie mendengar kata jugak
tapi entry nie bukan nak cite pasal house cleaning
cumanya nak cite pasal peel anak anak


itu keje marissa main masak masak kt depan tv
oven dier kat tempat astro tue
mak kau nak tengok tv pun terteleng teleng nak huhu
marissa nie jenis nak main pape memang depan mata aku


masa makan adakalanya nak makan bersuap
adakalanya jugak nak makan sendiri
kalau makan sendiri aku kene duduk mengadap depa
kalau tak mengadap nanti lain pulak jadi nya
the best part adik akan habis makan dulu dari abang haha
sebab adik jenis pemakan, abang pulak jenis memilih


nie waktu bertenang 
masing masing terpaku depan tv 
tengah melayan kartun kegemaran depa
nasiblah kartun kegemaran depa sama legalah sikit
kalau tak sama mahu berbalah depan tv tue


anak anak aku memang "hantu" buah
selalu aku akan beli buah untuk buat stok seminggu
tapi tak sampai seminggu wassalam 
depa nie kalau tau dalam peti tue ader buah 
memang sentiasa nak makan jeee
adik terpaling suka buah anggur
abang pulak suka semua buah
tue haaaa tengah makan buah belimbing cicah rojak
habis buah diratahnya pulak kuah rojak tue
peel adik baby nanti tak tau pulak macam mana
harap- harap behave lah yea macam abang dan kakak kamu

Wednesday, August 3, 2016

creampuff dari theslice_puan siti

lama dah mengidam nak makan nie


semalam akhirnya dapat jugak merasa
semalam petang lepas balik keje terus pickup kat rumahnya
rumah dier area enstek jugak 
sejak kenal puansiti nie memang pape aku order dari dia jer


sedap creampuffnya
hari jumaat nie nanti nak order lagi untuk suami pulak
creampuff nie memang kesukaan suami aku
harap jadi lah dier balik sini hehehe
semalam birthday aku so.........
*Happy Birthday to ME

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...