BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 28, 2014

:genap 2 bulan:


assalamualaikum uolls...
rabu lepas aku bawa marissa pergi checkup n cucuk 2 bulan


alhamdulillah marissa sihat
berat dah naik 4.95 kg
tinggi pun dah makin tinggi
 tue pasal lah walau berat cecah 5kg tak nampak chubby pun

Tuesday, March 25, 2014

:empat tahun:

 

happy birthday sayang 
semoga kamu sentiasa sihat
semoga kamu sentiasa dilindungi olehNYA
semoga kamu menjadi anak yang baik
mendengar kata orang tua..menghormati orang tua
semoga kamu menjadi insan yang berjaya kelak
INSYAALLAH

:MH370:


Akhirnya pencarian selama 17 hari berakhir di Lautan Hindi
Takziah dan AL-Fatihah buat semua keluarga penumpang dan krew #MH370

Monday, March 24, 2014

:kembali bekerja:

 hye korang...harinie aku dah mula keje
marissa n mirza seperti biasa nenek nya jaga hehehe
pape nanti aku update lagi eh...

Tuesday, March 18, 2014

:44 hari sudah meniarap:


haritue genap 44 hari berpantang
marissa sudah pandai meniarap
agak terkejut jugaklah kami semua
biler tengok marissa begitu cepat meniarap
patutler sebelum sebelum tue aku duk tengok
usaha marissa asyiklah duk mengiring ke kiri jee
memula ingat kot pasal dier nak menyusu
rupa rupanya dier duk usaha nak meniarap
lepas dah meniarap kepala pun tegak2 lembik je
tapi tuelah bahaya jugak kalau dier meniarap 
biler time takde orang sekeliling..takut dier lemas
insyaALLAH harap ALLAH lindungilah marissa time tue

Monday, March 17, 2014

:pisang emas dan bentan:

kerana sebiji pisang emas
 aku bentan macam nak pengsan
 MASYAALLAH sakitnya bentan itu
 hanya ALLAH saje yang tahu huhuhuhu
  
ingatkan lepas berpantang 44 hari
 bolehlah aku menelan pisang emas
 rupa-rupanya kerana pisang emas sebiji
 sepanjang malam aku kesakitan akibat bentan

sebelum sebelum nih aku aderlah jugak
 mencuba makan pisang...tapi bukan pisang emas ler
 time tue aku makan ok je takde pape efek pun
 tapi biler mai tang pisang emas...haaa amik ko
 lepas terkena bentan tue..terus aku berjaga jaga nak makan
 rasa takut sebab boleh bayangkan sakitnya bentan tue macamana

Friday, March 7, 2014

:sibling jealousy:

 abang dan adik 

sibuk sangat nak memangku adiknya tue
memula takmo bagi jugak takut nanti dier buat sendiri
lastnya aku bagi jugaklah sebab kesian dier asyik duk mintak je
itupun jenuh aku duk pesan jangan angkat adik sendiri tau...

ader yang bertanya mirza macam mana?jeles tak?
yerp nampak mirza jeles...siap cakap lagi
"sudah sudahlah nenek...letaklah adik tue main dengan mirza"
"mama nih asyik asyik adik jer tau..sape nak main dengan mirza"
 tapi memula jelah..biler kite selalu terang kat dier 
lama lama dier dah boleh terima dah....

honestly kadang kadang aku rasa sayu hati biler
terpaksa bahagikan kasih sayang antara mirza dan adiknya
sedih jugak malam malam memikirkannya
sebab selama nih kasih sayang dan tumpuan hanya
tertumpu 100 peratus kepada mirza jer
tapi sekarang keadaan dah berubah +_____+
hopefully aku dapat berlaku adik kepada anak2 aku

Saturday, March 1, 2014

:berpantang di musim PANAS:

rasa mencabar betul biler aku
berpantang pada musim "panas"
dahler panas....pastu berbekung lagi..
sebelum bengkung di balut
 wajib tau sapu minyak panas dulu 
kalau aku kata minyak panas memang panas tau
tue baru aku sapu sana sikit..sini sikit
dah merasa kepanasan nye..siap berpeluh2 lagi
kalau aku sapu banyak confirm aku jadi cacing kepanasan

dengan orang kat rumah nih jap jap buat air ais...
meleleh tau air liur aku tengok ais tue
nak jer aku teguk sekali dua
tapi disebabkan dah aim nak kuruskan badan so
aku kene tekad pantang ais selama SETAHUN
yerp dulu masa mirza aku pantang ais setahun tau
alhamdulillah badan aku susah nak naik
kalau naik pun sikit jer..biler diet sekejap jer dah turun

kali nih pun aku kene betul betul kuatkan semangat
untuk kuruskan badan terutama bahagian peha n punggung
walau berpanas..walau leceh..walau semput nafas
aku tetap nak dapatkan balik berat aku yang dulu
berat sebelum pregnant INSYAALLAH...
  lagipun kan orang kata kalau kiter breastfeed anak
berat badan cepat turun tau...iyerke??hahaha

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...