BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 30, 2013

:bersabarlah banyak banyak:

bersabarlah mun

bersabarlah mun.....

bersabarrrrr lah mun....

bersabarrrr lah banyak banyak...

bersabarrrr itu kan separuh daripada iman....

insyaALLAH besar ganjarannya bagi orang yang bersabar....

:hello 2nd trimester:


syukur alhamdulillah aku berjaya melepasi trimester yang pertama...walaupun banyak dugaan syukur aku dapat melaluinya dengan sabar dan tabah..aku harap aku dapat kembali aktif pada trimester kedua dan ketiga insyaALLAH....

Tuesday, January 22, 2013

:addicted lah sangat kan:

Dulu aku tak suka minum teh o...walaupun ais aku tetap takkan minum..sebab biler aku minum je teh o aku rasa takde feel...whoa feel ape pun aku tak tau r....so memang aku takkan minum..tapi amazingly biler aku peknen kali ni homaiii aku jadi addicted tau pada teh o tambahan teh o ais...+______+ seriusly aku dah lupa rasa nescafe kegemaran aku dan juga rasa milo ais yang aku suka sangat minum time keluar rumah...haha.sekarang 24jam hidup aku minum teh o ais je tau...incik b pun pelik tengok aku suka minum minuman kegemaran dier...pas2 bajet baby nanti ikut papa dierla...muahahaha perasan sangat.....papepun skrg aku memang suka minum teh o ais dan yang penting sekali mesti ais okeh

:berbeza sangat:

Belum pun genap 3 bulan aku dah mula pakai baju dan seluar preggy.. Pregnant kali ini aku rasa berat badan aku bertambah dengan cepat plus perut aku pun sudah menampakkan yang aku ni mak buyung...kali ni perut cepat membesar sampaikan aku rasa senak dan tak selesa kalau pakai baju atau suar bese...kalau aku pakai baju kurung pun begitu jugak...kain takleh kancing..kalau kancing jugak alamat nye semputlah aku disitu haha....nasib jugakla aku ke opis pakai jacket company..so takdelah nampak sangat aku tengah mengandung... Aku bukan ape budak budak kat opis neh ramai lagi yang taktau aku peknen sebab aku takmo kecoh kecoh.....hahaha papepun aku nak diorang terperasan sendiri.....itu pun kalau diorang perasan lah kan...hurm aku sebenarnya bosan update begini. Takde gambar rasa tak menarik tapi ape boleh buat...aku malas haha so ini jelah yang mampu aku buat setakat ini.thanksla pada yang sudi bukak tutup blog aku sebab nak tengok ada update ke tak eh.hehe...

Tuesday, January 15, 2013

:aku da muak:

Sejak sejak peknen ni aku suka sangat makan megi goreng.hahaha malam malam biler takda selera nak makan je aku hentam megi goreng. Bukan letak ape pun aku just letak telur sebiji je.habis licin satu pinggan aku makan tau muahaha terus aku rasa kenyang dan puas hati.kalau aku makan nasi memang takkan habisla entahla mungkin tak kene dengan tekak aku atau aku da muak hadap nasi +___________+ aku tau makan megi selalu sangat tak elok tambahan aku preggy sekarang ni.tapi beb ape boleh buat dari aku terseksa kelaparan tak tau nak makan ape baik aku telan je megi goreng kesukaan aku tueee. by the way malam ni aku tak sure lagi nak makan ape...tapi dalam tekak ni da terasa terasa megi goreng hasil air tangan sendri...heheeee +_______+

:tak balik rumah:

Dah seminggu lebey mirza tak balik rumah...kalau balik pun sekejap sekejap je.pas2 aku kene hantar die semula kat rumah mak aku...ini seme bermula masa mirza demam pada 5 januari haritue..mak aku amik mirza...tolong jagakan mirza bagi pihak aku sebab aku kan peknen dan masih lagi dalam fasa pertama iaitu fasa tak sihat selalu. Maka lepas je die baik dari demam terus die takmo balik ke rumah kami semula...mungkin die seronok kot tinggal di rumah mak aku,yelah ramai yang melayan die kan.pas2 abah aku lak selalu bawa die pegi jenjalan.kalau harapkan aku memang taklah.keje melepek je depan tv.so aku harap sangat sangat fasa ini berakhir dengan cepat supaya aku boleh gembirakan anak aku kembali.hehe

Friday, January 11, 2013

:ohheemmmgeeee:

Aku kini sedang mengalami evening sickness.dulu time mirza aku kene morning sickness yang hamat hamat teruk,tapi skrg alhamdulillah setakat ini takdelah lagi adegan adegan muntah...hihi cumanya rasa nak termuntah itu tetap adala tapi takdelah sampai terkeluar isinya....kesihatan aku alhamdulilah ok..cuma perasaan malas dalam segala hal itu tetap ada....aku xscan lagi.mirza pulak menetap bersama parents aku...so aku sekarang dalam mode seperti bujang (dengan perut yang makin membuncit). Peknen kali ini memang amat berbeza dari dulu. Sekarang perut aku da membesar. Aku ada selera nak makan walaupun kadang-kadang aku tak tau nak makan ape. Aku still boleh minum air masak walaupun kadang-kadang rasa meloya....muka aku pulak kadang-kadang ok kadang kadang tak ok.haha. dan yang paling ketara sekali aku malas nak buat ape ape pun..ini pun aku gigih update via hp...haha.so uolls aku harap entry ini akan mengubat rindu korang pada aku...+________+

Wednesday, January 9, 2013

:teruskan hidup spt biasa:

Hidup ini tak selalu berjalan lancar,hidup ini tak selalunya indah, hidup ini tak selalunya cerah, hidup ini bukanlah mudah seperti yang kau sangka, ianya penuh liku ranjau,suka duka,tawa dan tangis. Kalaulah aku boleh memilih....pasti aku mahu yang manis,yang suka dan yang tawa..tapi siapalah aku untuk memilih yang baik2 saja.aku sedar aku hanyalah manusia biasa.aku sedar aku hanyala hambaNYA.aku sedar walau seperit mana pun aku terpaksa laluinya... yeah memang hatiku sakit tapi takpelah aku redho.. moga2 ALLAH berikan aku pelangi yg berwarna warni setelah DIA turunkan ribut,petir dan hujan padaku INSYAALLAH..,

Wednesday, January 2, 2013

:ketentuan ini:


sorry pada kawan- kawan aku yang bertanya tentang aku
papepun aku harap korang doakanlah yang baik baik untuk aku

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...