BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

:feel free to click me:

Friday, December 13, 2013

:terpaksa redha:

assalamualaikum +_______+
korang pegi mana cuti hari Rabu rituuu
aku tak pergi mana mana pon
duduk rumah sambil mengemas pape yang patut
tapi aku peliklah kali nie sebab banyak kali 
aku kemas tapi kenapa tak kemas kemas jugak eh??
ke sebab aku kemas ala kadar saje atau
aku nih jenis suka yang perfect tapi 
tak mampu nak buat seperfect yang boleh
hahaha ader paham ayat aku nih???

sepatutnya semalam aku masuk keje seperti biasa
tapiiii malam rabu tue kan
tetiba pulak anak bujang aku tuh demam
demam panas hoihhh jangan buat main
dah lah terjadi secara tiba tiba
mahu tak gelabah aku..sampai tak tido malam tau
bagi ubat tak jalan jalan sudahnya 
aku masukkan ubat bon***
lepas sejam masuk ubat tue turunlah sikit suhu badan
baru lah lega aku nak tido tido ayam sekejap

eh tido tido ayam je tau
tak boleh tido mati...nanti kalau suhu naik acaner
tido sejam bangun tengok anak
tido sejam bangun pulak tengok anak
dah ko je yang bangun mana laki ko???
haaaa laki aku aderla kat sebelah anak tue
dier pun tengok jugak anak dier
takkan tue pun aku nak cite detail hahaha

 sudahnya pagi semalam aku bangun dengan mata panda
niat bangun pagi tue memang nak pegi keje sangat dah nih
yelahkan sejak sejak peknen nih aku selalu sangat cuti n mc
 dan memandangkan mak aku yang jaga mirza so takde hal lah kan

tapi pagi tue tetiba pulak si mirza nih tak bagi aku pergi keje
asyik lah nak mama...nak mama..nak mama
ekceli pagi tue dier masih lagi demam tapi tak sepanas malam tadi
aku pujuk-pujuk pun tak jalan tau +________+
malah mirza siap cakap kat aku lagi 
"mirza kan anak mama,mama jagalah mirza"
hoihh biler anak dah cakap macam tue pada aku
memang terkesan sangatlah kat dalam hati aku nih
maka nak tak nak aku terpaksalah el jugak semalam
haihhh terpaksa redho jelah dengan rekod buruk aku tahun nih
dan pagi nih alhamdulillah mirza dah sihat sepenuhnya

1 comments:

Tengku Fauziana said...

biasa la mun klu anak sakit keje terpaksa diketepikan..if pe2 jadi anak bukan bole cari lain..keje ye la bole cari lain..
gws mirza..

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...