BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

:feel free to click me:

Thursday, March 21, 2013

:cerita penuh aku keguguran last part:

pada sesape tak baca dari mula boleh klik link kat bawah tue

Part I, Part II, Part III,

aku pun balik semula ke katil dan bagitau kat incik b ape yang dah aku lalui...5 minit lepas tue mak bapak aku sampai dengan mirza...mirza lak menangis nangis takut tengok aku terbaring jek atas katil dengan pakai baju hospital yang tak berapa nak cun tu..hahahaa...

kemudian lepas waktu melawat mak, abah, mirza dan suami aku balik....suami aku balik untuk ambik beberapa barang aku. lagipun kalau incik b duk tunggu aku pun bukan boleh buat ape ape...sebab pape pun nasib aku tunggu pukul 3:30 petang tue nanti.so better dier balik kan

lepas jek diorang balik terus aku rasa dahaga yang amat sangat tapi aku tak boleh nak minum air sebab doc dah arahkan aku untuk berpuasa....pada saat tue aku rasa aku letih sangat tapi aku tak mampu untuk melelapkan mata sebab "hari" aku belum lagi habis....aku hanya mampu berdoa dan berdoa saje dan sambil tue aku sms dengan kawan kawan opis aku, merekalah yang banyak bagi sokongan dan nasihat pada aku...thanks pada uolls seme atas dorongan dan nasihat pada haritue sedikit sebanyak aku dapat kumpulkan kekuatan untuk tempuhi hari tue..... 

masa tue aku rasa kenapa lambatnya masa berputar....aku nak cepat cepat habiskan hari aku..aku nak tau nasib aku....dan aku berdoa sangat sangat aku takmau lalui dnc tue..aku berharap sangat moga semenya keluar dengan sendirinya..cukuplah..cukuplah kesakitan yang aku tempuhi dan aku tak sanggup lagi nak lalui kesakitan dnc tue...(even bius pon kan)

sampai waktu 3:30 ptg nurse mahupun doctor takde sape pun datang dan panggil aku untuk buat dnc..aku bersabar dan berdoa.aku tak putus putus berdoa agar dipermudahkan segalanya untukku dan pada pukul 4:30 ptg doctor sampai dan arahkan aku ke bilik rawatan....aku baring dan doctor terus scan...hasil scan menunjukkan semenya telah keluar dan aku tak perlu lalui dnc.masa tue aku menangis..menangis sebab ALLAH makbulkan doa aku...doa seme orang yang mendoakan aku....syukur alhamdulillah ALLAH memudahkan hari aku....

aku yang bagaikan tidak percaya...berkali kali aku tanya pada doctor tue untuk kepastian.betul ke aku tak perlu buat dnc...betul ker???dan confirm betul seme doctor tue terus cakap kat aku yang aku boleh balik ke katil aku semula dan kalau nak makan boleh makan terus dan aku akan di tahan di wad selama satu malam untuk observation.

sunyi jek sebab katil tepi dan depan aku takde orang

sampai jek ke katil aku perkara pertama yang aku lakukan adelah dengan meneguk air mineral yang di tinggalkan oleh incik b.....haus beb..aku memang haus...rasanya last aku minum air masa breakfast pagi tue....haha.n then terus aku sms kenkawan aku bagitau keadaan aku yang terkini.semenya mengucapkan syukur sebab aku tak perlu lalui dnc...tak lama kemudian incik b datang bersama mak dan mirza..

tetiba terus aku rasa lapar dan nasib mak ade bawa nasi dan sup ayam...licin aku makan semenya....pastu datang pulak makanan hospital...yang tue pun aku makan jugak muahahaha....lepas sehari semalam di hospital keesokkan pagi nya aku dah boleh keluar wad.

Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar....doctor n nurse HTJ seme melayan aku dengan baik.....dan sepanjang aku berasa di HTJ hanya doctor perempuan yang ader dan yang check aku dari masa ke semasa. memang aku sangat sangat berpuas hati lah dengan layanan yang aku dapat masa di sana.memang superb lah aku bagitau kat korang.....


okeh sekian saje cerita penuh dari aku.thanks beb sebab sudi baca

2 comments:

~AtiQaH~ said...

salam.. takziah kak... sy bru follow blog akak... bnyak cter psal mirza.. best... nanti akak bsarkan tulisan ye kak... kcik sgt tlisan, ssah nak bce.. hehee... klu sudi sggah la blog sy ni.... http://eqataurusgurl91.blogspot.com/

Maimun Razali said...

atiqah:wslm.....owh thanks sbb sudi baca blog akak....

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...