BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 30, 2012

:banyak tue je increment:

rabu baru-baru nie aku dapat surat increment
walaupun naik tak banyak  tapi aku tetap bersyukur
sekurang-kurangnya naik jugak gaji dari tak naik langsung

dan aku tak paham ader sesetengah pihak 
yang mana tak reti bersyukur kot aku rasalah
sebab lepas dapat je surat tue duk mengomen negatifff jeee
 walaweiiii....nampak sangat ko tak bersyukur dengan pemberianNYA

hurmmm....bagi aku lah kan itu rezeki masing-masing
mungkin kali nie bukan rezeki kite untuk naik banyak...tapi
insyaALLAH Tuhan akan beri kite rezeki ikut jalan lain pulak..... 
papepon kite kene yakin dan percaya padaNYA..... 

:uwais mirza 2 tahun:

assalamualaikum seme +______+
ekceli 25hb yang lepas bersamaan hari sabtu
birthday mirza dan sepatutnya entry nie kuar time tue

tapi apekan daya disebabkan keterlupaan aku
aku terlupa nak buat auto publish
(ni kes makan kepala ikan banyak sangat lah nie)

so harinie aku buat entry nie semula
sorrylah mirza mama lambat buat entry khas untuk kamu


so harinie mama nak ucapkan HAPPY BELATED BIRTHDAY
sekejap je kamu dah DUA TAHUN kan sayang....

 mama doakan semoga mirza menjadi anak yang soleh
dan yang patuh kepada kedua orang tue nya
tak lupa juga mama doakan semoga mirza sentiasa sihat
dilindungi olehNYA dan sentiasa dimurahkan rezeki  
insyaALLAH....aminnnnnn 

* gambar potong kek akan menyusul kemudian lah yeee

Thursday, March 29, 2012

:aku dah buat...korang bila lagi?:


aku sudah buat..korang bile lagiiii...
sebelum aku share pengalaman aku meh 
aku terangkan serba sedikit tentang pap smear checkup nie

Apakah itu ujian Pap Smear?
Ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian ini terutamanya:

* Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
* Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
* Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
* Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
* Perokok
* Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
 Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehnya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.
 

Kekerapan Ujian
 Jika seseorang wanita telah menjalani ujian Pap Smear dan didapati negatif, ia hanya perlu mengulang ujian tersebut tiga tahun sekali.Namun begitu,ada baiknya bagi menjalani ujian ini setahun sekali.

Apakah Yang Berlaku Sewaktu Ujian Pap Smear?
Doktor akan memasukkan sejenis alat besi/plastik kecil yang dipanggil spekulum ke dalam faraj dan membukanya dengan cermat bagi melihat serviks. Sejenis alat sudip (alat kayu yang tumpul) yang dipanggil spatula digunakan untuk mengikis dengan perlahan permukaan rahim untuk mengambil campuran sel dan cairan di bahagian pangkal rahim. Spekulum dan saptula kemudian dikeluarkan dan ujian tersebut selesai. Campuran tersebut dilumuri atas sekeping slaid kaca dan dirawat khas supaya boleh diperiksa dengan mikroskop.
 
ini adelah spekulum yang dimaksudkan tue 

ini spatula yang digunakan untuk mengikis permukaan rahim

Bagaimana Kanser Dapat Dikesan Daripada Smear Ini?
Selepas diwarnakan dengan warna-warna yang khas (stainning)pada smear ini,pemeriksaan di bawah mikroskop perlu di buat dan sel-sel kanser akan dapat dilihat. Pemeriksaan ini dilakukan oleh juruteknik kajisel yang terlatih dan pap smear yang luar biasa akan disemak dan dikaji dengan teliti oleh doktor pakar kajisel. 

first time aku buat sakit sikit lah plus neves sebab tak pernah buat
nak nak pulak nampak alat macam mulut itik kene masuk dalam tue
auchhh pedih sikit lah tapi sekejap je pun tak sampai 5 minit dah selesai 
so korang kalau nak buat free boleh pegi klinik kesihatan terdekat yeee 

*harapnya entry nie dapat memberi info pada uolls seme lah yerp

:rumah aku ader HANTU ke:

gambar percutian masih lagi dalam proses editing di harap bersabar ye seme +_____+..........heheheee

harinie sudah khamis.......bile datang je hari khamis otak terus otomatik teringatkan cerita hantu yang ada malam nie kat tv3 bertajuk ..........."amukan pocong:".....teringat cerita hantu..teringat jugak kisah aku sekeluarga kene kacau-kacau haritue kat rumah +___________+

kes pertama kes hantu tak suka tengok cite fantastic four, sebab tengah elok aku dengan incik b tengok cite tue....tetiba....eh TETIBA eik..channel bertukar ke cerita melayu, aku tanya incik b.....dier kata dier tak tukar pon tau, dier tanya aku...sah-sah le bukan aku yang tukar kan...abis tueeee sape yang tukar.....haaaa jeng jeng jeng

aku amik remote tukar semula cite fantastic 4 aku tue, TETIBA "dier" tukar channel lagi...cite melayu yang sama, aku geram aku tukar semula dan aku pegang remote tuedan TETIBA channel bertukar lagiiiiiii...haaa jeng jeng jeng....lastnya aku malas nak bergaduh dengan "dier" , aku terus off kan astro dan masuk tido terus habis cerita

kes kedua....aku tengah nak tidokan mirza dalam bilik pintu bilik terbuka....coz incik b kat luar tengok bola, TETIBA kete mainan mirza tue berbunyi lagu......lagu dari kete  tue akan berbunyi jika ader orang tekan....tapi masalahnya sape pulak yang tekan jeng jeng jeng

sebab kete mirza tue betul-betul depan pintu bilik aku.....aku nampak kete tue takde sape pon p tekan
aku tanya incik b, dier dengar tak lagu tue....??dier kata dier dengar tapi bukan dier yang tekan...abiss tueee sape yang tekan...haaaa jeng jeng jeng +_____+ aku terus suruh incik b masuk bilik dan tido...

kes ketiga pulak aku ader bau wangii yang wangi sangat..kat bahagian dapur rumah aku dan ader jugak bau yang busuk-sebusuk sangat di bahagian depan rumah aku, baunya aku tak pasti pulak bau ape..tapi agak menyeramkan lah...huhuhuhu

so itulah 3 kes yang aku alami haritue...walaupun aku tak nampak kelibat hantu tue, tapi dari kekacauan yang aku kene boleh bikin aku takut, takut nak masuk dapur..takut nak p bilik air, tapikan sampai bile kan nak takut pada benda tue...dan benda-benda tue seme hilang begitu saje selepas aku pasang cd bacaan ayat-ayat suci al-quran dan mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t

*sampai sekarang aku masih lagi pasang cd tue

Wednesday, March 28, 2012

:pap smear checkup:

assalamualaikum seme +_____+
im back.....perghh penat giler bercuti
sampaikan aku kene emergency leave semalam

kebetulan pulak mirza kene checkup 2 tahun 
yeeee 25hb yang lepas genaplah MIRZA 2 TAHUN 
party nan ado...just celebrate masa bercuti di sana
memang plan pon nak celebrate birthday mirza di sana
 so alhamdulillah plan berjalan dengan lancar sekali
 hasil checkup ok dan mirza kene makan ubat cacing



semalam jugak aku buat pemeriksaan PAP SMEAR
dan juga pemeriksaan payudara di klinik kesihatan enstek
result kene tunggu sebulan lagi baru dapat tahu....

hurmmm cerita percutian akan di update kemudian sebab
macam biasalah gambar banyak sangat so harap bersabar yee

Friday, March 23, 2012

:tak sabar:


assalamualaikum seme
hari nie hari jumaat sudah
tak sabar rasa nak pergi bercuti esok (3d2n)
 kat mana?adelah nanti aku balik bercuti aku bagitau eh
takdelah jauh sangat...dekat-dekat je pun janji bercuti hehe

*harap maaf gambar xder kaitan dengan entry ini yeee

Thursday, March 22, 2012

:geli yang amat:

assalamualaikum seme
harinie aku nak cite sikit bab kebersihan
sebelum aku cite pape uolls tengok gambar nie dulu


korang rasa geli mat tak tengok gambar tue
kalau tak takpelah tapi aku rasa geli okeh
sudah lah lokasinya di dalam tandas....
pengotor nak mamp**

kalau beginilah cara diorang....
aku dah boleh agak rumah diorang macam-mana
well uolls datang keje pakai cantik-cantik
makeup tak hagak-hagak....dengan kasut tinggi bagai
tapi tahap kebersihan korang ZERO....ZEROOO okeh

sudah makan pandai-pandailah hantar semula ke cafe
kenapa susah sangat ke nak hantar semula bekas tu?
ke korang harapkan ader kuli yang angkat bekas tue seme
kalau korang seme executive ke atas takpelah
ini haishhhh...aku cakap kang kata aku berlagakkkk
tapi pleaseee lah weiii...dah makan sendiri mau ingat lah

dahle department korang satu level dengan cafe
dahle satu level....yang paling dekat pulak tue
ape salahnya dah pandai jalan bawa masuk opis makan
dah kenyang pandai lah jugak jalan hantar semula ke cafe
ini tak...sudah makan di tinggalkan pulak bekas tue dlm tandas

 haish entahlah..nak kata muda..seme dah pangkat2 mak
so tepuk dada tanya lah dalam diri sendiri tue...
ok baiii *sian korang pepagi dah baca bebelan aku*

Wednesday, March 21, 2012

:rupanya ko lari ikut kekasih:

ingat tak entry aku yang ini

rupanya-rupanya itu hanyalah lakonan
berlakon di depan adik-adik yang dier kene culik
padahalnya dier nak lari ikut boyfriend...

haishhhh....mengucap panjang aku tau
bodoh tak bodoh budak nie..ko baru 15 tahun
makan pakai seme di tanggung oleh mak bapak ko
sekolah lagi pulak tue tetiba ko ader hati nak berboyfirend
boyfriend takpe lagi..ini nak lariiii pulak dengan boyfriend

heii lah adik ko belaja lah bagi habis dulu 
kalau nak menggatal pon.....sabar jelah kan
mak pak dier duk menangis siang malam kenangkan nasib die
dier pulak boleh syok-syok berkepit dengan boyfriend....
haih dunia...dunia....macam-macam hal lah

*sumber cerita aku amik di sini

:no idea lah:

nape entah sejak sejak nie kekurangan idea
rasa tak best pulak sebab takleh update blog
dengan benda-benda yang berfaedah 

haish tetiba aku rasa senak pulak perut nie 
mungkin senak sebab aku makan banyak sangat kotttt 
ekceli tadi time lunch kawan aku ader bagi buah tangan dari Mekah
alhamdulillah ingat jugak mak ct pada aku


kopiah untuk incik b,cekelat lak untuk aku
...walaupun aku bukan penggemar coklat
tapi sekali sekala orang bagi ..dari jauhhhhh lak tue 
ape salah kan merasa sikit..hehehhee....
untuk mirza pulak aku bagi kurma je okeh....
sebab ct kata cekelat tue seme manis-manis belaka
papepon thanks tau ct sebab mak ct ingt jugak kat mun

:kuliah ustaz azhar idrus di bandar enstek:

 pada peminat beliau atau pada sesiapa
yang tak pernah menghadiri kuliah beliau
termasuklah aku bolehlah datang yeeeee


tarikh : 24 Mac 2012 hari Sabtu
masa : lepas solat maghrib
tempat : dewan solat masjid kuarters klia
bersebelahan dengan bandar enstek

nak tau lebih lanjut boleh click link nie

Tuesday, March 20, 2012

:dah macam bola dah weiiii:

sinter plant - steel making plant -  sinter plant - coke oven plant
keje takde sangat pon tapi duk tukar sana tukar sini
whatttttheeefishhhhhhhhhh

:kes budak hilang lagi:

baru je reda kes dirang
timbul pulak kes budak hilang lagiiii
kali nie budak berusia 15 tahun....
hilang ketika keluar ke kedai membeli top up
 
haish takutlah aku dengar berita sekarang nie
rasa macam dah tak selamat dah...
semoga anak-anak kite selamat dan di lindungi selalu

Monday, March 19, 2012

:sombong :p:

pada suatu petang yang dingin (hujan kat luar tue)
aku duduk di sofa sambil menonton siaran ulangan Raja Lawak akhir

tetiba aku panggil mirza suruh sayang aku sikit
tetiba pulak mirza menjawab tanak
tetiba jugak aku cakap takmo kawan ahhh
tetiba secara spontan mirza cakap aku sombong
 gaya percakapan nya begini "mama sombong"

pahamkah anak kecil itu maksud perkataan sombong?
aku rasa mirza paham kot...sebab aku booo layan je dier
sebab tue dier kata kau sombong hahahhaaha *padan muka*

:masih lagi setia:

assalamualaikum seme
hyeee nak dekat seminggu jugak aku tak update
bukan takde cite cuma tak berapa nak ader mood

cuti 2 hari tak kemana sangat pon
duduk rumah kemas rumah macam esok nak raya
alih-alih perabot sebab rasa bosan dengan kedudukan nya
lepas alih perabot yang berkenaan baru bosan tue pegi


 basuh baju bajan sudah semestinya lah kan
termasuk tudung-tudung bawal aku nih
aku masih lagi penggemar tudung bawal (setia okeh)
walaupun mana aku pegi..mana aku buka seme 
duk sibuk menjual tudung instant, tudung syria dan shawl

ye aku memang ader beli tudung instant tapi 4 helai je kot
tue pon aku beli sebab murah....rm10 selai....
dan kini timbul pulak tudung adijuma
nasib lah norjuma tue naikkan semula tudung bawal nie
kalau tak tudung bawal nie pupus dah kot....hehehehe

ok bai thanks sebab baca +_______+

Tuesday, March 13, 2012

:eh ader love bite lah:

lepas kawen masuk keje dengan love bite kat leher
eh eh eh tahu lah kamu tue dah kawen
tapi kan cover-cover lah sikitkan hahahahaaa
 ke standard orang baru kawen macam tue eh??? 
atau pon aku nie jenis kuno orang nya...
hurm entahlaaa tepuk dada tanya diri sendiri

:farewell lunch @ McD:

assalamualaikum +_________+
hyep korang seme....
pagi-pagi aku dah tayang pavlova eh
ekceli nie bukan pavlova aku buat eh

 kawan aku tempah kat leaoven untuk makan
secara beramai-ramai masa farewelltue nanti
 
ekceli sabtu pertama baru nie kami buat farewell untuk member opis
kat mana eik ???kat McD Kota Warisan jerp
sebab hari tue seme keje...so kami pilih tempat
yang palingggggg dekat dengan opis....
 
 okeh sorang jerp lelaki tapi awas nie laki orang
bini nya sebelahhhh sajeee

 tak tau nak berposing macam-mana

najmi sila buat-buat tulis eh (konon-konon candid ler)

 kad perpisahan.....(saje suka-suka hahaha)

 macam penyampaian hadiah jerp +_____+ hahahaa

 the girlssss (tapi dua dah jadi mak orang eh)

 tengah menunggu makanan siap
(order masing-masing ikut selera tekak sendiri)

 seme kuat makan sos mcD nih (tetiba ader 1 tomato ketchup)

 tengah mengagihkan makanan masing-masing

wajib bergambar dulu sebelum makan-makan

makan makan sampai KENYANG...
sembang-sembang macam bertahun TAK JUMPA
then masuk OPIS semula.....

Friday, March 9, 2012

:tenangkan diri anda:

dah petang baru terasa nak update


tapi takde nak update pape pon
satu takde cite yang nak di ceritakan
kedua dah penat update sebelum2 nie
so terasa nak bertenang dan rileks jap sambil blogwalking

*psst baucer tue bukan aku punye tau..saje kontroversi sket....

Thursday, March 8, 2012

:main air d water theme park II:

aku rasa pala aku pulak yang sakit sebab duk menatap gambar
 gambar yang terlampauuuuuuu banyak nih..huhuhu
 okeh cerita PART I bersambung semula hari ini

tangan tak sampai ader hati nak tembak aku

haaa tengok duk mencuba lagi tuee

incik b takleh g mana-mana sebab kene teman mirza main air


 incik b berangan nak p ke sana tapi anak dok nak ikutttt

hahahha terpaksa membawa anak nya sekali

 port aku melepak ala-ala mat saleh celup.

 mirza nak main kat kapal selam yang tak menyelam nie pulak

 merengek nak ikut papa..padahal papa tengah diving tuuu

macam kapal pirates of carribean lak

air cetek sebab untuk budak-budak

tempat washroom yang comell 

kami selesai mandi kul 11 pagiiii lama giler berendam 
balik ke bilik..mandi..siap-siap seme...terus checkout
makan tengahari di pantai teluk kemang pekena coconut shake
dan cendol....(cuaca panas pekena cendol memang sedapppp....)
selesai seme baru kami bertolak balik ke rumah


habisssss jugak cerita percutian aku ke Port Dickson nie
aku tengok macam ramai jee yang berminatttt.
takpe nanti aku buat satu entry kesimpulan yeeee

:main air d water theme park part I:

 hyep seme +______+
harinie aku mau sambung lagi cerita PD
sorrylah banyak sangat benda nak cite kan heheeee

 last day (hari selasa) di SINI maka kami
menghabiskan masa pagi tue di dalam resort saje
bangun pagi..sarapan pon ala kadar jeee (nasib ader bawa bekal)

 operasi membuka pampers mirza...

 aku mandi gak tapi basah takat badan je lah...

 mak budak pon main tau..takkan nak tengok jeee rugiiii

 bapak budak pon sama naik dengan mak budak..hehehe
 giler seronok slides nieeee
incik b dengan mirza menglunsur entah berapa kali

 aku tak dapatlah nak mengelungsur sama.... dapat duduk jelah

 anak dengan bapak sama-sama teruja

 tapi aku rasa bapak dier lagiiiiiii teruja kot hahaha

tak berani lah weii nak lepas mirza gitu jeee hehehe

 slides lagiiii aku rasa seme slides incik b dengan mirza cuba

ok bersambung lah sebab banyak benor gambo nya
kang tengok lelama berpinau lak mata korang...heheheeee

Wednesday, March 7, 2012

:aktiviti malam kami di PD:

pukul 8 malam gerak keluar dari resort ngam-ngam 8.30 mlm 
 dah sampai di restoran terapung ikan bakar tanjung agas 

sampai jee sana terus pilih-pilih nak makan ape..
ader macam2 jenis ikan....kerang, lala...
sotong...ketam... dan boleh pilih nak masak ape

 seme segar-segar so pilih je kamu nak makan ape

dah selesai pilih menu..pilih lak nak duduk mana
al-maklumlah awal lagiiii so orang tak ramai plus restoran nie besar

 muka puas hati hehehe

 budak ini kan main jeee kejenyaaa

haaa tengok...nak memanjat pulak...

 budak pantang tengok aisss...

laju jee sedut tau..tahu-tahu dah habis

tadaaaa makanan dah sampaiiii

ikan jenahak sebelah masak 3 rasa
sebelah lagi kami mintak di bakar

lala goreng bercili
sotong goreng kunyit dan sup sayur
ingat nak amik ketam..tapi susah lak nak makan kang

overall sedaplah....paling sedap ikan masak 3 rasa tueee 
dah habis makan tengok orang dah ramaiiiii datang
agaknya diorg nie memang suka makan lewat malam kot hehehe 

 sampai melaka okeh aku mencari makanan heheheee
dekat jeee pon tak sampai setengah jam dari resort aku tue
katanya nak jalan-jalan cari makan ..... 

perut pon dah kenyang....mata pon dah layu maka
kami pon pulang ke resort lepaking dalam bilik sambil layan astro

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...