BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 31, 2012

:ape beza laut dengan kolam besar?:

selalu balik kampung memang mirza mandi laut
tapi balik kali nie tak boleh sebab ombak besar
maka untuk penuhi keinginan mirza
kami bawa dier jalan-jalan di pesisir pantai dengan motor

 eiiii muka baru bangun tido tak mandi pagi 

sampan duk tersidai tak leh ke laut

mirza menikmati keindahan ciptaan ALLAH
panjang okeh rambut mirza..lemas aku tengok 

dagu berlapis ye mirzaaaa

maa nak tengok kolam besar
eh mirza itu laut lah bukan kolam besar
kolam besar lah maaaa
ooo ok lah mirza papelah yeee
hurmmm ok...

aku rasa bagi mirza laut dan kolam besar takde beza
budak-budaklah katakan mana reti lagi laut tue apa

nanti masa musim sotong nak balik lagiii 
boleh makan sotong bakar sambil mirza mandi kolam besar

*psttt harinie genap setahun aku duduk rumah sendiri...

:beramas mesra la pulok:

haritue lepas pegi mesra mall kami terus balik rumah
sebelum balik rumah, kami singgah dulu rumah tok ki incik b
kiranya moyang mirza lah eik...rumah nya berdekatan jeee

sampai jeee kat rumah tok ki
tengok tengok tok ki tengah melepak kat belakang rumah
ambil angin laut petang yang sepoi-sepoi bahasa tue
sambil menengok cucu dan cicitnya bermain

kami pon joinlah sekali menikmati angin petang
tengah seronok-beronok-ronok tetiba 
berlaku pulak adegan beramas mesra gitu

uiks BERAMAS MESRA dengan sape??
haaa nak tau tengok jelah gambar kat bawah nie yee

mirza memula malu takmo layan sesape

 tapi sekejap jeee pastue mulalah mesra

mirza tengah beramah mesra, incik b pulak tukang jaga

ececeh sayang-sayang dulu....

pastue nak terkam sebab geram

 haaaa tengok dah mula aksi beramas mesra...
terus incik b pegang tangan mirza...

bahaya oooo anak aku nie...kang geram terus jeee gigit
elok-elok main menangis pulak anak orang...terus aku rasa bersalah
mirza nie pulak suka berkawan tapi jenis yang kasar dan cepat geram

*setakat nie bukan seme lah budak kene gigit sebab aku cepat dari mirza

:dapat angpow dari bos:

hyep salam selasa semuaaaa
semalam aku emergency leave.kenapa??
sebab saje-saje suka habiskan cuti di rumah
plus aku bosan nak bekerja +________+


raya cina baru-baru nie kan
aku dapat angpow daripada bos (tiap-tiap tahun pon dapat)
berapa???alah tak banyak pun, lepaslah buat lunch jap g
jadilah kan daripada tak dapat pape pun.... hihihi


*entry pendek pembuka hari aku hari ini

Thursday, January 26, 2012

:jumpa ally & farah lee @ mesra mall terengganu:

esoknya pulak aku pegi jalan ke mesra mall pulak
memang niat dah awal-awal nak pegi sana..hehehe
suka aku pegi mesra mall sebab barangnya banyak gilosh


tapi takde lah shopping sakan sangat...beringat-ingat sikit
time nielah aku terjumpa ally iskandar dengan wife die (farah lee)
 elok-elok jeee beratur belakang aku okey masa nak membayar..
aku senyum jelah...takde pulak ingat nak tangkap gambar ape
terkesima???ehheheee mungkin kot sebab tak sangka kan


ambik troli bajet macam banyak jee nak membeli-belah
walhal troli nie aku buat letak mirza..hehehe
 
anak beranak....gambar aku yilek
 
haish dah besar nie susah betul nak tangkap gambar die

selesai jalan jalan habiskan duittt terus balik rumah
on d way nak balik rumah tue singgah jap rumah tok ki incik b
malam pulak ada agenda makan malam beramai-ramai
di rumah mak teh @ pantai penunjuk

*nama je balik kampung..tapi kami laki bini tak lekat kat rumah

3hari2 malam @ awana kijal terengganu

beetolak dari rumah pukul 5 pagi hari sabtu
plan asal nak bertolak pukul 4 pagi tapi terlajak tido
 pastue singgah petronas untuk sembayang subuh jap
pastue incik b beli roti n air...buat makan-makan dalam kete
nak turun makan kat perhentian malas...mirza pulak tido

  best giler bertolak awal pagi...sejuk dinginnn jeee
 
kalau tak takde lah mirza bantai tido sampai ke kijal

pukul 10 pagi kami sampai kijal rumah incik b
(hahaha takde makna nye nak duk awana kijal +_____+)

breakfast dulu..lepas breakfast rehat-rehat jap...
dah tengahari...lepas makan seme mirza tido
incik b pulak lepas zohor bawa mak dengan ayah g kemamam
ader hal sikit nak settlekan....(pape jeeee lah)
maka tinggal lah aku berdua je dengan mirza kat rumah tue

pukul 4 lebih jugaklah incik baru balik
lega aku incik balik cepat..tapi tak cepat gak lah 
dekat 2 jam gak keluar..huhuuhhuuuu

lepas asar terus kami gerak ke kertah rumah pak sedara aku
plan asal nak pegi kejap jeee tapi terlajak sampai ke malam
sebab mak sedara aku dah masak banyak katanya
so terpakselah kami makan malam dulu sebelum balik kijal
ok ok sambung jap g eh..aku nak turun lunch dulu lapooo

Friday, January 20, 2012

:bagi penampar nak tak???:

petang jumaat yang membosankan huh
bilelah nak berlalu hari jumaat nie
tak sabar nak pegi bercuti-cuti okeh +________+
mood keje tarak....so janganlah nak suruh aku buat keje
keje yang ader pon tak siap-siap lagi,....mood owh mood
uniques visitors pon kurang harinie +________+
sebab ape kurang eh???sebab aku tak update blog kot

aku memang nak update belog tau tapi aku  takde mood
bile mood takde maka idea tue kurang le sikit kan

tengok gambar kat bawah nie jap
v
v
v
v

sian aku kasut koyak pon still lagi pakai pegi keje
oittt mun bagi penampar nak tak????
mengada-ngada lah, kau tue yang tak nak beli
heheh ye ye aku mengaku aku yang tak nak beli
bukan tak nak cuma bile ader yang berkenan takde saiz aku
yang aku tak berkenan berlambak pulak saiz aku...
lagipun kan..kasut nie lembutttt je tau sebab tue aku pakai lagi

siryes aku bukan memilih....tapi pilih gaklah hahah
sebab kalau tak cantik, tak berkenan rasa pakai pon tak best tau
lagipun saiz aku saiz standard tau....saiz 7..
hah ramai je kot yang pakai kasut saiz standard nie
sebab tue bile ader yang lawa, yang cantik, yang cun saiz 7 habeeessss

takpelah...lepas nie nekad nak mencari jugak kasut baru
ekceli kasut nie nak pakai p keje jee so taknak le cari mahal-mahal
kasut mahal pon aku ader satu je kot...kasut clarks pemberian incik b

*taste aku nie bestttttttt  sangat kot sampai ader gak la yang TIRU aku 

Thursday, January 19, 2012

:sembilan puluh enam:

empat lagiiiii..
so tunggu jelah eik sape yang bertuah tue

:aku dipaksa cuti:

sedih +__________+
sebab aku dipaksa cuti hari rabu depan
 bersempena chinese new year 2012 shut-down

kalau company bagi cuti takpelah jugak
ini tidak..di paksa means gugur lah sehari aku nye AL

*plan raya cina nie memang nak balik kg incik b

Wednesday, January 18, 2012

:confirm ke second baby nie perempuan???:

baru lepas baca entry ena hehehe
ena bagitau for second baby die plan nak anak lelaki 
aku pulak plan nak anak perempuan...

ok kat bawah nie adelah chinese chart
aku tak pasti sangat keberkesanannya
uolls boleh kaji dan selidik betul-betul....
kalau tak nampak seperti biasa klik untuk lebih jelas


perkiraannya mengikut umur,aku bagi contoh aku lah eik
contoh aku nak anak perempuan (insyaALLAH)
so sekarang umur aku 29 tahun (auwww tua dah mak ye)
so aku boleh start bikin pada oct,nov and december tahun nie

sebab kebarangkalian mendapatkan anak perempuan pada waktu tue
adalah amat tiggi tau...tapi kalau nak lagi bagus boleh bikin
next year masa umur 30 tahun..berderet-deret anak perempuan hehehe
papepown macam aku cakap di awal tadi lah aku tak pasti betul ke tidak

selain tue aku nak share dengan uolls petua nak dapat anak perempuan :


1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk dapat bayi perempuan.

2.  Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, sosperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)


5. Memperbanyakkan baca surah Yusuf dan Maryam..
tapi lebihkan baca surah Maryam. 

6. Berdoa dan tawakal kepada ALLAH s.w.t

papepon kita hanya merancang 
ALLAH s.w.t yang menentukan segala nya

:membazir amalan syaitonnirojim:


hyep seme....harinie sudah hari rabu
tak sabar nak cuti..hehehe
aku keseronokan macam aku pulak yang beraya

selalu kalau takde benda nak makan
lapo-lapo aku akan goreng nugget atau fries
tapi kalau selalu sangat boleh bosan kot
maka haritue aku try ler beli hashbrown dingin beku

balik rumah goreng..pastue makan cicah sos n mayonis
perasaan aku pabila makan hashbrown nie???
hurm sangat mendukacitakan sebab aku ingat ianya sesedap
hashbrown mcDonald tapi sangkaan aku meleset
 hashbrown mcD berpuluh kali ganda sedaaaaaaaaaaap okeh

takpelah walaubagaimanapung aku makan jugak
rezeki jangan membazir....membazir adalah amalan syaitonnirojim
lagipun sian makanan tue....menangis tau die kalau kite buang gitu saja

:wordless wednesday:

kontroversi atau publisiti murahan

Tuesday, January 17, 2012

:rungutan hati aku:

rentetan dari kisah rungutan hati aku
maka aku telah hantar kredit atau pertanyaan pada yang pakar 

dan lebih kurang sejam gitu aku dapat balasan email dari nuffnang

tak clear boleh klik pada gambar yeee


dan aku rasa jawapan paling kuat adalah:-

therefore there might be times where the are
NO advertisers looking for a particulargroup of blogger for a while

so bersabarlah wahai hati.....
insyaALLAH akan ader rezeki kamu nanti

:10 tips dapatkan buffered earnings:

aku rasa lama dah blog aku tak dapat buffered earnings..
sedih..sedih....sungguh sedih +_________+
sebab?? aku pon tak pasti kenapa lama dah tak dapat


tapi bersedih pon aku boleh buat ape kan
so kene usaha lebih sikit baru boleh dapat kot
aku ader jugak baca tips untuk dapatkan buffered earnings  

diantaranya ialah:-

1. selalu lah update blogger survey

2. update blog selalu..sehari sekali pon dah ok

3. pastikan status anda glitterati

4. letakkan iklan di blog anda di tempat yang betul

5. letak kesemua iklan (leaderboard, skycraper, large rectangle)

6. maintai traffic atas 100 UV....kalau boleh lah

7. sentiasa hantar ticket atau pertanyaan kepada nuffnang

8. jangan beratkan blog anda dengan terlalu banyak widget

9. jangan buat "fraud click" means u klik iklan di blog sendiri

10. jangan letakkan kategori blog dalam socials@politics

ekceli seme tips yang diberi aku dah buat
termasuk bagi tiket kepada nuffnang..hehehe
so tunggu lah ye...tengok camner kan
kalau ader rezeki aku insyaallah syukur alhamdulillah

:dalam kenangan:

2008-2011 in memory
 kini yang tinggal bertiga sahaja
 
*gud luck and all the best to you

Monday, January 16, 2012

:kurus tapi perut buncit:

yeee badan kurus tapi perut buncit
eh eh sape tue mun??aku lah weyh..
nampak jeee kurus tau tapi perut berlemak

acane nak buat kan...keje asyik duk duduk je
dahle keje duduk..pastue sambil keje sambil makan
duduk+makan = perut buncit

so tadi puaslah google cara mengatasi perut buncit
macam-macam ado okeh, nak dengan taknak jee amalkan

ok nie yang aku ingatlah kan

 

1. bersenam..sit up itu penting
(berkurun okeh aku tak buat sit up nih)

2.jangan makan berselang-seli  dengan air
(aku berselang je..dah kang tak minum air tercekik lak)

3. jangan baring lepas makan....
(haaa nie susah sebab aku lepas makan 
jeee terus mata rasa mengantuk)

4. makan secara perlahan/kunyah lama sikit baru telan
(oooo ini memang paling susah nak buat
sebab aku jenis yang makan cepat)

5. makan dengan postur badan yang betul-tegak
(aku jap je tegak pastu aku  duduk ikut selesa..hehehe)

5 nie je yang aku ingat dalam banyak-banyak aku tengok
seriously nampak macam senang kan 
tapi nak buat jadi rutin seharian itu amatlah susah
pastue aku nie jenishangat-hangat taik ayam..jap jelah
pastue kang rasa malas..terlupa tak buat dahle....heheh

hurm sungguh takde motivation kan...

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...