BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

:feel free to click me:

Thursday, November 8, 2012

:kamu membalas dendam yerp:

di suatu petang lepas aku memandikan mirza
aku siapkan mirza macam biasalah kan
aku walaupun mirza sekarang nih dah 2 tahun plus plus
aku still lagi pakaikan drapolene kat dier
still lagi aku sapu lotion n lotion
still lagi aku sapu vicks kat dada n dier
still lagi pakaikan minyak rambut
banyak bendalah aku masih buat pada mirza
maksudnya sama je keadaan dier masa baby dan sekarang nih 
so its takes time lah kan nak bersiap tue tapi
takpe aku tak kisah sebab aku suka bau baby pada mirza

lepas jee dah siap tetiba mirza tanya aku
"mama encem kan mirza?"
aku terkejut biler mirza tanya tue tapi aku jawab jugak
"encem keee.........taklah"
  
pastue terus dier marah aku dan dier cakap
"nenek cakap mirza encem lah"
bile aku cakap ok mirza hensem terus dier senyum kambing

lepas berwangi-wangian kami lepak tengok cite korea
mirza lak tengok minah korea tue terus dier cakap
"eh eh cantiklah mama akak tue"

aku pun nak mengetest anak aku tue kan terus aku tanya dier
"mama cantik tak mirza?"
 

mirza terussss je tengok aku pastu dier jawab
"taklah mama tak cantik pun"

hahahaha nak membalas dendam lah tue kan
sebab tadi dier tanya aku aku jawab tak
tetiba pulak biler tang aku dier pun jawab tak hahaha

honestly nak dibandingkan aku dengan minah korea tue
of course lah kan minah korea tue seribu kali cantik dari aku hehehe
 tambahan pulak masuk tv kan makeup sana makeup sini
aku nih dahle duduk rumah muka pon tak berbedak
pakai pulak tshirt dengan kain batik lepas jeeee
rambut berikat sebab nanti kalau tak berikat aku akan jadi
ala ala model gitu kan takmau buat kerja rumah hahaha    

0 comments:

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...