BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

:feel free to click me:

Thursday, March 29, 2012

:aku dah buat...korang bila lagi?:


aku sudah buat..korang bile lagiiii...
sebelum aku share pengalaman aku meh 
aku terangkan serba sedikit tentang pap smear checkup nie

Apakah itu ujian Pap Smear?
Ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian ini terutamanya:

* Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
* Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
* Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
* Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
* Perokok
* Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
 Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehnya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.
 

Kekerapan Ujian
 Jika seseorang wanita telah menjalani ujian Pap Smear dan didapati negatif, ia hanya perlu mengulang ujian tersebut tiga tahun sekali.Namun begitu,ada baiknya bagi menjalani ujian ini setahun sekali.

Apakah Yang Berlaku Sewaktu Ujian Pap Smear?
Doktor akan memasukkan sejenis alat besi/plastik kecil yang dipanggil spekulum ke dalam faraj dan membukanya dengan cermat bagi melihat serviks. Sejenis alat sudip (alat kayu yang tumpul) yang dipanggil spatula digunakan untuk mengikis dengan perlahan permukaan rahim untuk mengambil campuran sel dan cairan di bahagian pangkal rahim. Spekulum dan saptula kemudian dikeluarkan dan ujian tersebut selesai. Campuran tersebut dilumuri atas sekeping slaid kaca dan dirawat khas supaya boleh diperiksa dengan mikroskop.
 
ini adelah spekulum yang dimaksudkan tue 

ini spatula yang digunakan untuk mengikis permukaan rahim

Bagaimana Kanser Dapat Dikesan Daripada Smear Ini?
Selepas diwarnakan dengan warna-warna yang khas (stainning)pada smear ini,pemeriksaan di bawah mikroskop perlu di buat dan sel-sel kanser akan dapat dilihat. Pemeriksaan ini dilakukan oleh juruteknik kajisel yang terlatih dan pap smear yang luar biasa akan disemak dan dikaji dengan teliti oleh doktor pakar kajisel. 

first time aku buat sakit sikit lah plus neves sebab tak pernah buat
nak nak pulak nampak alat macam mulut itik kene masuk dalam tue
auchhh pedih sikit lah tapi sekejap je pun tak sampai 5 minit dah selesai 
so korang kalau nak buat free boleh pegi klinik kesihatan terdekat yeee 

*harapnya entry nie dapat memberi info pada uolls seme lah yerp

0 comments:

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...