BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

:feel free to click me:

Friday, May 13, 2011

:EMAK mahu aku ada title IR:

hye semua
pagi tadi masa on d way pegi keje aku dengar radio sinar
ada tetamu khas iaitu Datuk Dr. Fadhilah Kamsah
 (aku memang minat giler lah dengan beliau nie)

pastu aku pon kuatkan lah sikit volune radio tue
baru terang sikit dengar ape beliau cakap
aku tersentuh beb pagi tadi sebab dia cakap pasal IBU
 pastu kan tetiba aku teringat yang aku tak buat lagi
entry tentang HARI IBU

aku takde IBU tapi aku ada EMAK

EMAK dengan ABAH aku

EMAK aku adalah segala-galanya bagi aku

EMAK aku banyak bersusah-payah membesarkan aku, menjaga aku sebab EMAK aku bukan saja kene jaga aku tapi jugak kene jaga abang aku sebab EMAK telah melahirkan kembar sulung dalam keluarga kami iaitu aku dan abang aku..

EMAK aku juga bersusah payah membuat sendiri segala kerja rumah supaya aku dapat belajar dengan tenang tanpa perlu memikirkan untuk menolong EMAK membuat kerja-kerja di rumah...(sebab tue aku masak pon tak pandai ekekeee)

EMAK adalah insan yang paling gembira apabila aku grad dari politeknik dalam kejuruteraan mekanikal dengan anugerah pelajar terbaik jabatan politeknik...(ini hadiah pertama aku untuk EMAK)

EMAK juga adalah pendorong utama aku untuk sambung belajar ke peringkat lebih tinggi dan alhamdulillah aku dapat sambung belajar ke peringkat ijazah kejuruteraan.(berkat doa EMAK)

EMAK sekali lagi gembira apabila aku grad dalam bidang ijazah kejuruteraan pada tahun 2008 (ini hadiah kedua aku untuk EMAK)

EMAK rupa-rupanya dalam diam menyimpan angan-angan supaya aku menjadi seorang engineer apabila sudah grad nanti dan alhamdulillah aku berjaya mendapat kerja as an engineer  seperti mana harapan emak pada aku..(ini hadiah ketiga aku untuk emak)

EMAK seorang yang serba-boleh dalam segala bidang dan dia lah orang yang paling banyak menyumbang tenaga ketika aku hendak kahwin dulu....semuanya emak usahakan sendiri demi anak kesayangan emak ini....(lagipun itu adalah kenduri pertama keluarga aku)

EMAK sentiasa menjaga aku ketika aku mengandung...menjaga pemakanan aku, memasak ikut selera aku....dan EMAK jugalah yang menunggu aku ketika aku sakit hendak bersalin di hospital pada tahun lepas sambil membacakan surah yasin di ruang menunggu sehinggalah aku selamat melahirkan uwais mirza.( ini hadiah keempat untuk emak)

EMAK sanggup berjaga malam..bersengkang mata menjaga aku dan mirza dalam pantang....aku tahu EMAK penat tapi EMAK buat jugak sebab yang aku tahu EMAK nak aku sembuh dan sihat sepenuhnya...

EMAK juga sanggup untuk menjaga uwais mirza....EMAK sanggup penat demi menjaga cucu kesayangan nya....EMAK tak kisah dia penat janji aku tak penat..EMAK sanggup suruh aku balik masak dulu..kemas rumah dulu..selesaikan kerja rumah dulu nanti EMAK hantar mirza...tapiiii aku tak sanggup..cukuplah aku memenatkan EMAK sepanjang hari untuk mejaga mirza....

EMAK terima kasih buat segala-galanya...memang tak terbalas jasa EMAK pada aku...besar sungguh pengorbanan EMAK pada aku.....aku harap EMAK sentiasa di panjangkan umur agar aku dapat membahagiakan EMAK lagiiii...memberi hadiah kepadanya lagi....

*EMAK mahu aku ada title IR....insyaallah EMAK...kakak akan usahakan jugak untuk EMAK.
SELAMAT HARI EMAK +_______+



8 comments:

nanonano said...

ir tu hape?
huhu

Dayu said...

manakan mungkin terbalas jasa emak kita ni..

*dulu mmg beriya bagai nak ada title ir..mcm smart je lah Ir Norhidayu.. tp skrg macam malas...

su su said...

selamat futher study ya....

S.A.L.J.U sha said...

sambung study,.....cayokk


dayu ngan mun skg post ape?

j17 atau j26

mun said...

nanonano:IR tue kira mcm jurutera profesional lah na...tak tahule leh dpt ke tak

mun said...

dayu:wah smart kan dayu kalau nama kite ada title tue...

*malas jugak sebenarnya

mun said...

su su:hurm entah bile lah sue...

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

gud luck!!

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...