BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

:feel free to click me:

Saturday, September 4, 2010

:panduan mengemas beg hospital:


entry kali nie untuk para-para mum to be...
yang sedang menanti kelahiran baby...
panduan mengemas beg hospital...

Keperluan semasa peringkat awal pelahiran
  •  gaun santai - berguna jika anda teringin berjalan-jalan mundar -mandir di koridor hospital semasa permulaan pelahiran.
  •  kasut selipar
  • stoking - percaya atau tidak, kaki anda boleh menjadi sejuk semasa pelahiran.
  • gaun tidur @ kemeja-T - untuk dipakai semasa pelahiran, jika anda tidak mahu memakai gaun hospital. Ia mungkin akan menjadi agak kotor,jadi jangan beli sesuatu khas untuk dipakai di hospital.
  • minyak urut atau losyen jika anda ingin di urut semasa pelahiran anda.
  • balm bibir
  • makanan snek dan minuman untuk anda semasa anda dalam peringkat pelahirn, atau sedikit tablet glukosa untuk membolehkan anda terus bertenaga.
  •  Jam tangan dengan jarum saat, untuk mengukur jangka kontraksi anda.
  • Kamera digital atau kamkoder.Jika anda mahu membawa kamkoder, semak dengan pihak hospital dahulu - tidak semua hospital membenarkannya di dalam bilik bersalin.
  • Bahan-bahan yang menenagkan: buku,majalah,permainan dan sebagainya.
  • Gambar seseorang atau sesuatu yang anda kasihi (inspirasi yang anda mungkin perlukan untuk bertahan hingga ke akhir)
  • Kelengkapan dandanan diri
  • Penyembur air atau kipas tangan untuk memastikan anda sentiasa nyaman.
  • Muzik untuk di dengar.
Untuk teman pelahiran anda
  •  Sepasang pakaian untuk ditukar
  • Makanan snek dan minuman - anda tidak mahu teman pelahiran yang ternyahhidrat serta kelaparan menjaga anda.
Untuk lepas bersalin 

  • Pakaian balik rumah. ianya akan mengambil sedikit masa untuk perut anda mengecut jadi anda masih akan memakai pakaian mengandung apabila anda pulang ke rumah -maaf ya.
  • Bra menyusu - dua atau tiga helai
  • Pad bra untuk bila susu badan anda mula mengalir.
  • Tuala wanita selepas bersalin -beberapa bungkus.
  • Kelengkapan dandanan diri
  • Tuala, sikat rambut, berus gigi dan ubat gigi.
  • Tablet Arnica untuk membantu mengurangkan lebam selepas bersalin.
  • Penyumbat telinga, jika anda ditempatkan di wad yang bising
  • Telefon bimbit serta pengecasnya
Untuk bayi anda
  • Sebuah kerusi kereta bayi 
  • Sepasang pakaian untuk perjalanan pulang ke rumah (pakaian lembut menganjal semua dalam satu adalah paling mudah). Pihak hospital menyediakan gaun bayi untuk bayi anda semasa di hospital.
  • Selimut bayi (yang tebal jika cuaca sejuk)
  • Lampin
  • Sepasang stokin atau but bayi
  • Topi
  • Kain muslim
 Sebaik sahaja anda telah mengemas beg hospital anda,ingatlah diri anda tentang tanda-tanda awal pelahiran supaya anda tahu bila tiba waktu anda hendak bersalin...

*entry yang panjang lebar buat bakal-bakal ibu...

3 comments:

Mademoiselle Ctiey said...

seronok ct membacanya.. penuh ngan info2 yg penting n menarik.. hehehe.. nie kene kawin awal2 nie.. hihihi..

mun said...

ctiey:hurm kawen cepat ct..info bnyk dah mun bg...

Ruzanna said...

byknye....elok gk mun wat list ni...sok mun nk branak nt leh usha blk...

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...