BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

:feel free to click me:

Tuesday, September 21, 2010

:bayi mati di pusat asuhan:


SEREMBAN – Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia selepas dihantar ibu bapanya di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Paroi, dekat sini semalam.

Mangsa, Nor Azwa Safrina Hairul Anuar dikatakan dihantar ke pusat asuhan itu pagi semalam kira-kira pukul 7 pagi sebelum ibu bapanya ke tempat kerja.

Menurut nenek mangsa, Zadariah Ismail, 57, dia bergegas ke pusat asuhan itu kira-kira pukul 11 pagi selepas salah seorang penjaga pusat itu menghubunginya memaklumkan keadaan Nor Azwa Safrina didapati lemah.

“Selepas menerima panggilan dari pusat asuhan, saya terus membawa Nor Azwa Safrina ke Klinik Kesihatan Ampangan, di sini dan kemudiannya pihak klinik berkenaan mengarah agar di bawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk rawatan segera.

“Punca kematian masih belum diketahui berikutan pihak hospital masih menjalankan siasatan,'' katanya ketika ditemui di bilik mayat HTJ.

Ibu bapa mangsa, Norhida Md. Noor, 26, dan Hairul Anuar, 28, yang tidak mahu diganggu berikutan kematian anak sulung mereka kelihatan sugul ketika menanti di bilik mayat.

Sementara itu, pengusaha Taska yang enggan dikenali berkata, dia tidak berada di tempat kejadian namun dimaklumkan melalui telefon oleh pengasuh kira-kira pukul 12 tengah hari.

Berita selanjutnya di KOSMO!
 *kesiannya baby tue....kecik lagi..comel pulak tue....dahla anak sulung...kalaula ianya terjadi pada saya tak tahulah saya nak cakap ape....dan nak buat ape....sedih sangat.... Al-Fatihah untuk arwah Nor Azwa Safrina

6 comments:

Dayu said...

OMG..
bila baca berita2 gini mmg sadis lah
jadik mcm seriau pun ada bila mengenangkan anak kat nurseri
tp kita kena tawakal je
pikir positif
insya allah,, kita dijauhkan dr musibah mcm ni

Mademoiselle Ctiey said...

menakutkan sungguh bila baca berita2 camni... tapi apakan daya.. zaman skang nie wanita juga berkerjaya.. so terpaksa la suruh pembantu rumah jaga n kebiasaan the best place yang boleh dihantar ialah kt nursery... mcm Dayu ckp.. just tawakal n berdoa kepada Allah semoga anak kita berada dalam keadaan baik dan selamat sentiasa... amin... (eh.. mcm ada anak plak ct nie.. naluri seorang perempuan..)

Mademoiselle Ctiey said...

menakutkan sungguh bila baca berita2 camni... tapi apakan daya.. zaman skang nie wanita juga berkerjaya.. so terpaksa la suruh pembantu rumah jaga n kebiasaan the best place yang boleh dihantar ialah kt nursery... mcm Dayu ckp.. just tawakal n berdoa kepada Allah semoga anak kita berada dalam keadaan baik dan selamat sentiasa... amin... (eh.. mcm ada anak plak ct nie.. naluri seorang perempuan..)

mun said...

dayu:hurm..harap2 tak terjadilah pada kitakan....

mun said...

ctiey:yelah ct...nak mencari pengasuh nie kene selidik betul2 dulu...tpkan klu dah nak jadi jgak nak wat cmner..

Ruzanna said...

byk sgt kisah baby mati...ni br kisah yg dilaporkn yg xdilaporkn tu mst byk gk...

:feel free to click me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...